Thursday, May 31, 2012

Demi Masa


Demi masa .
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian ,
Kecuali ,yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

Waktu kosong itu ibarat penyiksaan halus  ;
seperti  banduan yang menunggu paip air yang hanya dapat meneteskan air satu tetes setiap minit selama bertahun tahun .
Dan di batas penantian itulah ,biasanya seseorang itu akan menjadi stress dan gila .
Berhenti dari kesibukan itu kelengahan ,dan kelapangan waktu itu justeru pencuri yang culas .
Adapun akal kita tidak lain merupakan mangsa empuk  yang siap dicabik-cabik oleh ganasnya terkaman kedua hal tadi ;kelengahan dan si ‘pencuri ’.

Kerana itu BANGKITLAH sekarang juga.
Kerjakan shalat ,timbalah  ilmu,berzikir ,berkumpullah dalam taman –taman syurga , atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain hatta membuang halangan dari jalan  untuk mengusir kekosongan itu ! Jangan pernah berhenti walau sesaat dari melakukan sesuatu yang bermanfaat .

Bunuhlah setiap waktu lapang itu dengan pisau kesibukan !
Jika kita tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara akhirat pasti kita akan disibukkan dengan perkara-perkara keduniaan .Naudzubillah min dzalik.

Memetik kata-kata  Imam Syahid Hassan al-Banna "Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa" 
Dan lagi2... diri ini, masih bukanlah siapa-siapa …


wallahu’alam.

Saturday, May 19, 2012

Raef - With You




Raef’s cover of Chris Brown’s “With You”



   By: Raef

ALLAH 

I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight

What can I do?

I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.

Found something better – made me a winner and,
I’m so glad to be Yours!
It’s my life that You own.


I start my journey when You forgive me

I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I’m so glad that its fine
You are One truly kind…

You lighten me!

(I) Feel it, through and through, and
For sure Ya Rabbi, there ain’t nothing You can’t do!


Because if I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!

And…Oh!

I’m into You my Lord,
No one else would do!

With every test you put me through,

the miracles, you help me do..

And now I know I can’t be the only one,
I bet there’s hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel…what I feel when I’m

With You, with You, with You, with You, Ya Rahman!

With You, with You, with You, ya Raheem!


I don’t want nobody else

Without You there’s no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,

I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!

Oh!

I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..


With You, with You, with You, with You, Ya Rahman!

With You, with You, with You, Ya Raheem!
And I will never try to deny,

That You are my life,
Because if You ever let me go I would die!
So, I won’t front!

I don’t need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I’ll be straight,
Rabbi I need you every day!

I need Allah…


And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah…

And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight

Rabb ighfirly

Fantal kareemuu!
Wa3fu Ya Rabbi

Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, Ya Rahman!

With You, with You, with You, Ya Raheem!



Thursday, May 10, 2012

Bahagia hingga ke Syurga




                      '' Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair ''

''Selamat melangkah ke alam perkahwinan  dan mendirikan rumah tangga ''  ...antara ucapan yang disampaikan kepada bakal mempelai ..Perkahwinan bukan sekadar mempersiapkan diri untuk satu alam baru iaitu suami dan isteri ,namun ,ia juga mencakupi persediaan untuk menjadi seorang ayah dan juga ibu serta cabaran yang  bakal mendepani mereka .

Apakah erti kebahagiaan itu ?atas dasar apakah kebahagiaan itu diukur?bertalu-talu persoalan yang datang menjenguk minda ini ...
Bahagia itu sifatnya relatif .
Ramai orang menyangka ketenangan,kebahagiaan ada pada wang yang banyak,rumah yang besar,pangkat yang besar,anak-anak yang ramai dan bermacam-macam lagi . Tapi kadang-kadang ada orang yang hidup dalam kemiskinan hidupnya ternyata jauh  lebih bahagia dan tenang dari orang yang kaya tadi.Walaupun hidup dalam rumah yang usang dan makan seadanya; ibarat kais  pagi makan pagi, kais petang makan petang .
Sebenarnya bukan soal kaya atau miskin yang menjadi persoalan tetapi andai hidup berpaksikan  Al-quran & sunnah Nabi SAW pasti kita akan meraih ketenangan serta kebahagiaan itu .


Perkahwinan ,ia boleh menjadi kebun percintaan boleh juga menjadi pusara pencintaan ...


Dilahirkan dalam sebuah keluarga besar ,sederhana ,namun ,aku masih belum menemui apakah erti KEBAHAGIAAN sebenar ...
masih tercari -cari lentera kebahagiaan itu muncul dan berharap agar baitul muslim yang bakal dibina kelak dipayungi sakinah ,mawaddah wa rahmah ...
Ya ,itulah makna disebalik perjalanan kehidupan ini untuk meraih redha-Nya ~



Alhamdulillah ,cuti sebelum posting ini dapat disi dengan kembara ilmu ke masjid al-Hasanah ,Bangi untuk program KARIMS (Karnival Imarah Masjid dan Surau ) 2012 .Sungguh tepat pada waktunya mencari ilmu untuk ke program kekeluargaan sebegini .Disini ingin saya kongsikan  sinopsis jawapan yang dikemukakan oleh ustaz Hasrizal .

KEBAHAGIAAN dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga adalah letaknya  pada SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH   
(Al-Rum (30): ayat 21).

Di antara tanda -tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan -pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa TENTERAM  kepadanya ,dan Dia menjadikan di antaramu rasa KASIH dan SAYANG. Sungguh pada yang demikian itu benar -benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir .


Ciri-ciri  Sakinah ialah (i) berhenti (ii) tenang. 

Mawaddah pula adalah Al-Hubb al-Zaaid iaitu cinta yang bertambah (hasil menyelesaikan masalah).      

Rahmah pula adalah Ihsan sesama ahli keluarga pada tidak menyakiti antara satu sama lain pada penyelesaian konflik tertinggi.


ANTIBODI yang perlu dibekalkan secukupnya untuk anak-anak mendepani cabaran semasa adalah pada ibu bapa menunaikan 4 nafkah iaitu :



1- nafkah Fizikal -mencakupi makan ,minum ,tempat tinggal ,pakaian

2- nafkah pemikiran Intelektual -bukan sekadar menghantar anak -anak belajar namun juga merangsang anak-anak berfikir secara kritis dan kreatif 

3-nafkah Emosional -mengasihi mereka dengan penuh kasih sayang 

4-nafkah Spiritual.-mengisi keperluan spiritual kepada rohani anak anak untuk membentuk pemimpin yang mempunyai integriti yang mantap 

Rasulullah SAW menganjurkan : 

'' Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya dan aku adalah yang paling berbuat baik kepada keluargaku .''
( Riwayat at-Thabrani )


Didikan agama pula  mesti bukan hanya berbentuk pelajaran, tetapi didikan agama yang membantu anak belajar membuat pilihan yang betul dalam kehidupan.

Antara KESILAPAN ibu bapa semasa mendidik anak-anak, ialah menganggap proses mendidik anak-anak boleh berlaku secara automatik apabila seseorang itu menjadi ibu dan bapa, tanpa memerlukan ILMU. Kesilapan doktor, mencederakan pesakit. Kesilapan jurutera, merosakkan mesin. Kesilapan ibu bapa, tiada u-turn, anak lahir fitrah, namun akhirnya jadi ahli Neraka.

4 mitos dalam isu penderaan kanak-kanak ialah:
(i) penderaan hanya berlaku dalam format keganasan
(ii) penderaan hanya dilakukan oleh orang jahat
(iii) penderaan hanya berlaku dalam keluarga yang jahat
(iv) penderaan hanya dilakukan oleh orang asing daripada sebuah keluarga


-untuk lebih memahami boleh baca di Keluarga Bahagia Menuju Syurga 


Barangsiapa yang dengan sengaja tidak mengerjakan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja ,berarti dia telah melakukan sesuatu kejahatan yang sangat besar .Kerusakan pada diri anak kebanyakan datang dari sisi orang tua yang meninggalkan mereka dan tidak mengajarkan  kewajiban -kewajiban dalam agama mengikut sunnah-sunnahnya .
- Ibnul Qayyim Al-Jauziyah -

Tuesday, May 8, 2012

La Tahzan , Sesungguhnya Allah bersama mu ~


La Tahzan , Sesungguhnya Allah bersama mu ~

Kadang dalam putaran dan arlogi masa ,ada detik pahit yang menjengah di sudut jendela hati kita ,badai musibah yang menerjah .Usah biarkan ia berterusan sehingga meruntuhkan  ketenangan hati dan benteng iman .
Bait –bait indah dibawah ini dipetik dari Karya La Tahzan Dr. ‘Aidh al-Qarni  dengan harapan dapat mencipta nuansa inspirasi yang dapat  menyuntik semangat ke dalam pembuluh darah


                                        '' LA TAHZAN,INNALLAHA MA'ANA ''
                        Jangan engkau bersedih ,sesungguhnya Allah bersama kita .

aku ingin menari bersama ombak  ^_^ ,di suatu sore di Terengganu

Betapa banyak kau mengeluh dan berkata tidak punya apa-apa
Padahal bumi ,langit dan bintang adalah milikmu
Ladang ,bunga segar ,bunga yang semerbak
Burung bulbul yang menyanyi riang
Air di sekitarmu memancar berdecak
Dan matahari yang diatas kepalamu memandang geram penuh amarah
beautiful scenery at Broga Hill
Cahaya di kaki dan di puncak bukit dan sebentar lagi rusak
Dunia ceria kepadamu lalu kenapa engkau cemberut
Dan dia tersenyum kepadamu lalu kenapa engkau tidak tersenyum
Jika kau sedih dengan kemuliaan yang telah lalu
Takkan penyesalan mengembalikannya
Atau kau murung karana adanya musibah
Tapi tak mungkin kau mencegah datangnya musibah
Jika kau telah lewati masa mudamu jangan kau katakan
Zaman telah tua sebab zaman tidak pernah tua
Lihatlah masih ada gambar-gambar yang mengintip dibalik embun
Yang seakan bicara kerana keindahannya ~

my favourite TULIP  flowers
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah . INGATLAH, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang (QS (13) Ar-Ra'd : 28 )

Thursday, April 5, 2012

erti sebuah keberhasilan


5 April  2012


Bismillah ,dengan menyebut asma-Mu ...
Tanggal 5 April 2012 ,detik penuh bersejarah ~Bumi KTDI ,PPUKM menyaksikan seramai 240 kelahiran doktor perubatan .Alhamdulillah Ya Allah ,kejayaan yang Engkau kurniakan ini sgt bermakna bagi kami semua .'' Maka nikmat Tuhan yang mana telah engkau dustakan ''.terlalu indah untuk dilakarkan ,perasaanku  bercampur baur antara gembira dan hiba tatkala nama dilaungkan ,Alhamdulillah ,AKU LULUS !!DR NURULHAYATI MOHAMED SA’AT ^^.
Takdir Ilahi menyaksikan sunnatullah yang tertulis ,buat sahabat yang gagal ,terimalah ujian-Nya dengan redha pasti setiap ketentuan-Nya terselit hikmah yang harus digali  ..Teruskan berjuang duhai teman dan jangan pernah putus asa ...

Semoga Allah kuatkan jiwa kalian duhai sahabat …Mungkin aku tidak sekuat kalian semua ,namun ,aku titipkan doa moga Allah sentiasa membantu kalian dan memberi  kekuatan untuk menghadapi hari-hari muka ..sesungguhnya Allah tidak memberikan ujian sesuai dgn kemampuan mereka .

ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah yang memberikan sebaik-baik keputusan-Nya  ,nikmat ini sungguh manis untuk dikecap bersama shbt2 yang turut sama berjuang dimedan ini.Wajah-wajah mereka pada hari ini disinari lentera kegembiraan ,namun pada sisi lain ,kolam mata bergenang dengan air mata kebahagiaan bercampur hiba  …segala penat dan lelah selama 6 tahun kini terbayar dgn kelulusan yang sangat dicita-citakan ..


Bulatan gumbira kami (^_^)..terima ksh Ya Rahman di atas ukhuwwah yg cukup indah ini ~

Jika semalam Broga hill telah ku tawan ,hari ini kami berjaya menggapai puncak kejayaan setelah hampir 6 tahun berhempas pulas di medan pengajian ini .

scene di atas Broga Hill yang cukup nyaman
Realitinya dan yang pasti perjuangan kita masih belum tamat ,cabaran di hari depan menunggu untuk ditempuhi  dengan penuh hati-hati .Lantaran itu ,usah gusar memikirkan cabaran yang bakal tiba,namun hadapilah ia berbekalkan azam dan kecekalan yang menggunung tinggi  ..InshaAllah ,Allah sentiasa ada bersamamu ~
  Antara ,kata2 penguat semangat yang kupelajari dari seorang sahabat hari ini adalah ;
 " DON’T BE AFRAID OF WALKING TOO SLOW BUT BE AFRAID OF STANDING STILL  "
Maksudnya -Jangan takut jika anda bergerak lambat namun takutlah andai anda langsung tidak bergerak .Tidak mengapa jika  sekiranya kita seorang yang lambat untuk memahami sesuatu pelajaran yang dipelajari ,namun ,jangan biarkan ketidaktahuan itu berterusan dan tiada penyelesaian ..Orang yang berjaya adalah insan yang bangkit setelah berkali -kali gagal ...

Realiti masa depan belum dapat kugambarkan ,hanya mampu berdoa mg Allah beri ketenangan hati jua kekuatan untuk memikul amanah sebagai seorang doktor  yang bukan hanya dapat merawat pesakit secara holistik bahkan mampu merawat penyakit hati masyarakat ..DAIE for ummah !!InshaAllah …


Tuesday, March 20, 2012

Bila hati dalam tautan -Nya



 Sabtu ,17 March 2012 ,3.00 p.m .Kolej Tun Dr Ismail ,PPUKM .

Bismillah ,hari ini hari terakhir kami  ber -SG ..InshaAllah ,harapnya inilah SG terakhir b4 kami semua lulus professional exam 19-31 mac ni ni ,Amin Ya Rabb mudah2an kami beroleh kejayaan …tak terlakar kebahagiaan tatkala melihat senyuman sahabat2 ,aku hanya mampu berdoa agar senyuman 2 itu juga lah yang bakal diukir apabila semua nama kami dilaungkan pada tanggal 5 April nanti .’’Hanya Allah tempat sandaran dan sebaik-baik pembuat keputusan ’’..Ya Allah pemilik hati-hati ini,moga ikatan hati dan ukhuwwah ini meniti hingga ke jannahNya ..terlalu bahagia andai segala2nya disandarkan kerana Allah ^^,ukhuwwah yang disimpul dengan ikatan aqidah serta hati 2 yang tunduk kepada Tuhan-Nya ,moga Allah pertemukan kita kembali di Jannah yang kekal abadi .



 my intensive study group ^_^

Duhai sahabat,Berkatalah pada hati kecilmu ,exam ini hanya sebuah medan  penilaian di  dunia yang terlalu kecil nilainya berbanding  medan peperiksaan yang pasti dinegeri abadi nnti..Diakhirat sana ,setiap amal perbuatan kita dihitung hatta sekecil biji sawi ,justeru dunia ini hanya sebuah persinggahan utk mengumpul bekalan semasa  hari perhitungan itu kelak  . .inshaAllah ,akanku sambung coretan ini setelah medan perjuangan ini berakhir ,moga natijahnya nnti mampu mencatat sebuah kenangan terindah dalam kanvas kehidupanku  ^^,

 ada kata2 yang menggugah semangatku untuk terus bangkit- laungan berbisa yang menyuntik  semangat dalam diri ini agar tidak berputus asa dalam perjuangan ^^

       “ MAN JADDA WA JADA SAHABAT SEPERJUANGANKU !…”


Yakin dan bersangka baiklah dengan Allah-
"Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya dengan berlari''

Sunday, January 29, 2012

FLY HIGH ^^




                                “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


hampir 3 bulan aku tak menulis  berbagi cerita ,berkongsi pengalaman dgn shbt2 semua ~jiwa ini sangat kangen untuk mencoretkan tinta2 untuk peringatan serta motivasi buat pembaca terutamanya untuk diri sendiri .
Professional exam  yang makin hampir (19 MARCH 2012 );hari yang ditunggu kemunculannya ,namun sedikit gusar dengan persiapan ke arah medan perjuangan.. 

Kepada sahabt2 seperjuangan MISI JUBAH MERAH 2012 ,saya tujukan khas lagu ni untuk anda semua .Semoga muzik indah serta makna nya yang sungguh menginspirasi relung jiwa dapat membawa kita menyelami  tujuan sebuah perjuangan- Jangan BERPUTUS ASA !Kerna KITA BISA dan akan BERJAYA ^^




”Siapa yang bersungguh-sungguh, akan berhasil”. 



Di balik sebuah mimpi 
Ada sebuah harapan 
ada sebuah kisah yang tersimpan 
Berjuang untuk  hidup 
Berjuang untuk jiwa 
Berjuang untuk sahabat sejati 
Dan aku ingin terus bermimpi
Dan aku ingin mewujudkannya 

Bila harus ku berlari 
Bila harus ku terjatuh 
Bila nanti ku terluka 
Ku tak akan berpaling 
Disinilah aku berdiri 
Disinilah aku bertahan
Aku tak akan berpaling 
Kerna ku BISA dan akan BERJAYA  


Di balik sebuah mimpi 
Ada sebuah harapan  
ada sebuah kisah yang tersimpan 
Berjuang untuk  hidup 
Berjuang untuk jiwa 
Berjuang untuk sahabat sejati 
Dan aku ingin terus bermimpi
Dan aku ingin mewujudkannya 

Bila harus ku berlari 
Bila harus ku terjatuh 
Bila nanti ku terluka 
Ku tak akan berpaling 
Disinilah aku berdiri 
Disinilah aku bertahan
Aku tak akan berpaling 
Kerna ku BISA dan akan BERJAYA 

Fly away away ,fly away 
Searching for the brightest light 

Fly away away ,fly away 
Searching for the brightest light 


*Bila harus ku berlari 
Bila harus ku terjatuh 
Bila nanti ku terluka 
Ku tak akan berpaling 
Disinilah aku berdiri 
Disinilah aku bertahan
Aku tak akan berpaling 
Kerna ku BISA dan akan BERJAYA 


 Lagu diambil dari Band Indonesia - Vierra: Terbang.