Monday, May 30, 2011

IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453 ~Part 1




Sabtu lepas-28 Mei 2011, baru shj menghadiri seminar di atas bertempat di UIA,Alhamdulillah terlalu banyak input yang sangat menarik ,membuka mata hati serta menginspirasi relung jiwa.Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 yg tidak berkesempatan untuk pergi ,Semoga bermanfaat ~


"Dan binalah persiapan bagi menghadapi mereka dgn apa sahaja kekuatan yang kamu mampu "(al-Anfal : 60).


Ayat di atas direkodkan oleh Maulana Sheikh al-Kurani dari Sultan Muhammad bin Murad al-Fatih ketika menulis suratnya kepada raja Mesir,al-Asyraf Inal menyatakan dengan jelas faktor kejayaannya membuka Kota Konstantinople .

Kedudukan Konstantinople yang strategik dan kemasyhuran yang dimilikinya ,percubaan menaklukinya telah bermula sejak pemerintahan khalifah Muawiyah lagi yang pernah menghantar bala tentera bagi menakluki kota tersebut pada tahun 669 Masihi .





Usaha ini gagal kerana kekebalan kota Konstantinople ,tetapi menjadi suatu peristiwa bersejarah apabila sahabat nabi ,Abu Ayyub al-Ansari meninggal dunia dalam ekpedisi ini .

Usaha bagi menakluk kota ini dipertingkatkan lagi oleh sultan-sultan Daulah Uthmaniyyah yg mengaitkan usaha ini dgn keyakinan pada sebuah hadits yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit Khandaq iaitu;


‘‘..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera …’’


Abu Ayyub juga berwasiat ;
‘‘Semadikan jasadku di bawah benteng Konstantinopel ini .Satu hari nanti aku dapat mendengar bunyi derapan kaki kuda SEBAIK-BAIK RAJA yang mengetuai SEBAIK-BAIK TENTERA .Pada saat itu aku tahu tercapai sudah hadits Nabi Muhammad SAW’’ .


Kepentingan hadits serta wasiat diatas sentiasa membakar semangat Sultan Muhammad al-Fatih untuk berusaha sejak dari usia muda untuk menakluki ibu Kota Bryzantine

Beliau sangat yakin bahawa dirinya adalah pemimpin terBAIK untuk memikul tugas murni yang gagal di sempurnakan oleh pemimpin sebelumnya .

Strategi Sultan Muhammad bagi menakluki Constantinople ;

Menyempurnakan binaan Rumeli Hissari pada tahun 1452 M –tembok laut yang dibina bagi mengepung musuh .Binaan ini bertentangan dgn benteng Anadolu Hissari ditebing sebelah Asia .

Kedua-dua benteng ini berperanan mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi selat Bosphorus dan menghalangi pergerakan tentera laut Bryzantine itu sendiri .


KERANGKA MASA PEPERANGAN


• Isnin 2 April 1452 - Sultan Muhammad II telah mengistiharkan perang ke atas kota tersebut setelah yakin bahawa Constantinople telah dipencilkan .

• 6 April 1453- Serangan dimulakan ba’da solat Jumaat dengan tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi yang dicipta oleh jurutera Hungary bernama Urban .

**meriam ini mampu menembak peluru seberat 800-1200 paun = 362-544.3 kg (Subhanallah ) –yang akhirnya berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan

140 buah kapal perang ,320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk 12,000 tentera janisari yang terlatih .

• Selepas 2 minggu diserang –kota tersebut masih bertahan disebabkan keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat .

• Malam 21-22 April 1453 ,Sultan Muhammad al-Fatih telah mengarahkan supaya semua kapal perangnya diseret melalui Bukit Galata menuju Tanduk Emas bagi membolehkan serangan laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan .

*strategi mengejutkan ~Kayu bulat yang telah dilicinkan menggunakan lemak lembu telah digunakan bagi mewujudkan sebuah landasan yang dapat memudahkan kapal ini diseret melalui bukit .
Strategi ini yang telah berjaya memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dgn lebih berkesan .

• Malam 26 Mei 1453 –Sultan Muhammad II telah mengadakan perundingan dgn pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilaksanakan .

• Ahad 27 Mei 1453-Melakukan lawatan ke atas ketumbukan tenteranya bagi memeberikan semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople Berjaya ditakluki .


• 28 Mei –mengarahkan tenteranya supaya berehat,membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada keesokan harinya .

• Awal pagi Rabu,29 Mei 1453-Tentera Uthmaniyyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada waktu malam nanti .

SERANGAN TERANCANG


• Serangan awal –melibatkan pasukan rakyat yang kurang mahir

• Diikuti dgn serangan oleh tentera yang lebih terlatih
• Akhirnya menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih . (tentera Janissari merupakan unit tentera elit yang terdiri drpd pengawal peribadi sultan-sultan )

InshaAllah ,akan bersambung dalam part 2...& 3 ~

Monday, May 23, 2011

Puisi Ketika Cinta Bertasbih



DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

kerana hati masih belum bisa berbicara tentang cinta
maka puisi ini kukutip dari sebuah buku *Jalan Cinta Para Pejuang*

Seringkali, yang paling mencintai kita
Tak menjadi yang paling kita cintai
Dan mungkin pernah,
yang paling kita cintai
Membuat hati kita bagai dirajam duri


Dalam makna memberi itu posisi kita sangat kuat:
Kita tak perlu kecewa atau terhina dengan penolakan,
Atau lemah atau melankolik saat kasih kandas karena
takdirNya
sebab disini kita justru sedang melakukan
sebuah “pekerjaan jiwa” yang besar dan agung
iaitu MENCINTAI
-M.Anis Matta-


Kalau cinta berawal dan berakhir karena Allah,
Maka cinta yang lain hanya upaya menunjukkan cinta padaNya,
Pengejawantahan ibadah hati yang paling hakiki:
Selamanya memberi yang bisa kita berikan,
Selamanya membahagiakan orang-orang yang kita cintai.
-M.Anis Matta-

Biarlah rasa sayang ini ku mahkotai dengan keimananku dan biarlah rasa ini berhenti pada titik ketaatan kepadaMu, Ya Rabbku....

Wednesday, May 18, 2011

THE STORY OF THE PENCIL ~


taken from 'LIKE THE FLOWING RIVER' by Paulo Coelho,

diri kita ibarat sebatang pensel .....yang sebenarnya mempunyai KUALITI tersendiri ,

A pencil has 5 qualities which ,if u manage to hang on them ,will make u a person who is always at peace with the world .

'First quality : you are capable of great things ,but you must never forget that there is a hand guiding your steps .That is the hand of God and we must always bear in our mind that -He always guides us according to His will .

'Second quality : Now and then, I have to stop writing and use a SHARPENER .That makes the pencil suffer a little ,but afterwards ,he's much SHARPER .So ,you too ,must learn to bear certain pains and sorrows ,because they will make you a BETTER person .

no pain ,no gain .
sharpen the saw in order to become highly effective Mukmin

'Third quality : the pencil always allows us to use an eraser to rub out any mistakes .This means that correcting something we did is not necessarily a bad thing ; it helps us to keep on the road to justice ^_^


Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya ,kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
( An-Nisaa': 110 )

Dari Ibnu Abbas RA ,ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang membiasakan membawa istighfar ,maka Allah akan melapangkan segala kesempitannya ,memudahkan segala kesulitannya dan memberi rezeki yang tanpa diduga-duga .

(HR Abu Dawud )

'Fourth quality : what really matters in a pencil is not its wooden exterior ,but the graphite inside .So always pay attention to what is happening inside you .



'Finally, the pencil's fifth quality : it always leaves a mark .In just the same way ,you should know that everything you do in your life will a mark ,so try to be conscious of that in every action.'

Tuesday, May 10, 2011

IBU ,madrasah pertamaku ~


IBU...
posisi seorang ibu adalah anugerah terindah yang dikurniakan Tuhan
buat seorang wanita,
yang pengorbanan mereka bukan tandingan
keteguhan iman menjadi tunggak keyakinan
persis Sumayyah simbol syahidah dan mujahidah teladan
walau nyawa dan keluarga menjadi taruhan
biar dihimpit beratnya seksaan ,
namun keislamanmu tidak sedikitpun tercalar,
bahkan utuh dipertahankan
janji Allah itu pasti ,kata-kata Rasulullah menjadi pegangan
agar istana syurga menanti keluargamu sebagai balasan kesabaran
syahidmu justeru menoreh sejarah dengan tinta -tinta emas dalam peradaban Islam



Ibu
panggilan yang begitu menggugah jiwa ,menyeruak ke relung qalbu terdalam
lantas merembeskan embun-embun kebahagiaan
tatkala panggilan itu diteriakkan oleh sosok-sosok mungil yang menanti penuh harapan
melakarkan nuansa-nuansa kasih sayang ,kerinduan dan kekuatan dan kedamaian


Ibu
madrasah agung yang berperanan mencetak generasi Rabbani
tempat curahan haru biru perasaan dan kegalauan jiwa
belaianmu yang menenteramkan jiwa tatkala dirundung gelisah
dakapan hangatmu menyelimutkan tubuh kecil sang anak yang ketakutan
Betapa ,
dirimu takkan pernah bisa digantikan oleh gedung-gedung tak bernyawa




Memuliakan ibu adalah prioriti bagi setiap insan di seantero jagad raya .Semua bangsa dan budaya di dunia mengangkat darjat wanita dan meletakkan wanita yang satu ini ditempat yang paling agung .Apatah lagi dalam Islam ,jasa seorang ibu diiktiraf sehingga disebut sebanyak tiga kali dalam hadits Rasulullah SAW .

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bekata : Wahai Rasulullah ,siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati ? Baginda menjawab : IBUMU.Lelaki itu kembali bertanya :Kemudian siapa ? Nabi SAW menjawab :IBUMU .Lelaki itu terus bertanya :kemudian siapa ?Nabi SAW menjawab :IBUMU .Sekali lagi lelaki itu bertanya :KEMUDIAN SIAPA ?Nabi SAW menjawab :Kemudian bapamu ."
(HR Bukhari dan Muslim )



Dari para perempuan itu terbitnya fajar Islam , dengan merekalah Islam menjadi besar ,kerana kekuatan merekalah Islam menjadi kuat dan dari merekalah kemuliaan Islam tersebarluas .

Benar sekali apa yang dilantunkan oleh seorang penyair :

Ibu adalah sekolah ,jika engkau menyiapkannya
berarti engkau telah menyiapkan sebuah bangsa yang hebat .
Ibu adalah gurunya para guru ,
pengaruhnya begitu luas sejauh ufuk .


Akhirul kalam,kepada seluruh mukminah yang beriman kepada Allah dan hari akhir hargailah ibu kita sekiranya mereka masih hidup dan kutiplah ilmu sebanyak-banyaknya ,himpunkan ia menjadi seberkas amal,lalu pergunakan ia buat persediaan untuk mengemban amanah dakwah kepada agama Allah dan justeru mencetak generasi Rabbani sebagai penyambung umat zaman ini .

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya.Ibunya telah mengandung dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah .Masa mengandung sampai menyapihnya selama 30 bulan,sehingga apabila dia (anak itu)telah dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun,dia berdoa, "Ya Tuhanku ,berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku,agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai;dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku.Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang Muslim."

Al-ahqaf(46) : 15

Nukilan nurani,

Wardatul ad-diniah

Friday, April 29, 2011

membangun madrasah di syurga firdausi


bismillahirrahmannirrahim...

sudah sekian lamanya diri ini tidak menukilkan entri baru..
Alhamdulillah ,bahagia yg dikecap walau sekejap ...moga terubat rindu berabad ^_^
liburan yang bakal melabuhkan tirainya akan disambut dengan waktu-waktu melelahkan namun penghujungnya menanti seribu BAHAGIA ~

Dilahirkan dalam keluarga yang agak besar ,betapa aku sangat sedar amanah yang tergalas di pundak untuk memimpin dan membimbing mereka bersama -sama mengenal keagungan -Mu. adik-adikku yang kini meningkat remaja ,kadangkala sikap dan kelakuan mereka mengguris hati kecilku ,menguji benteng kesabaranku......seringkali ,aku hilang kata-kata ...lantas jalan terbaik yang kupilih adalah mendiamkan diri .Benar ,diam itu lebih baik dari melontarkan marah yang tiada sempadan ...

Harus bagaimana aku menyikapi perkara ini ....

Ya Allah tuntun kami menuju sirat-Mu,Rengkuh kami erat dalam dakapan-Mu ..
Kanvas kehidupanku di dalam dunia perubatan ini seringkali membuat aku selalu mengimpikan mempunyai keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah ..paling indah ,jika anak-anak itu adalah hafiz dan hafizah..SubhanAllah,moga Allah memakbulkan doa hamba-Nya .

*******

Persekitaran keluarga sangat menjamin perkembangan jiwa anak secara baik.Lingkungan yang penuh kasih sayang ,penuh perhatian dan keprihatinan akan melahirkan anggota keluarga yang saling hormat dan saling menghargai .

Imam Ghazali mengingatkan ,"Anak- anak merupakan AMANAH bagi kedua orang tuanya .Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar.Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya .Jika dia dibiasakan dan diajar kepada kebaikan ,maka tumbuhlah menjadi anak yang baik ."

Justeru ,Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dan mencorakkan diri mereka agar mereka menjadi generasi Rabbani dan qudwah hasanah dalam masyarakat .

Menurut takrif tarbiah oleh As-Sayyid Sabiq, "Pentarbiahan anak adalah usaha membentuk mereka dari segi jasmani ,aqli ,rohani ,perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya ".

Setiap kita punya peranan tertentu yang harus ditunaikan dengan sejujurnya sebagaimana hadis Rasullullah saw,

" Setiap kalian adalah PEMIMPIN yang bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya .Seorang amir adalah pemimpin atas rakyatnya dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya .Seorang laki-laki adalah pemimpin di keluarganya dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya .Seorang perempuan adalah pemimpin di rumah suaminya dan anaknya , dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya . Seorang hamba sahaya dalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya .Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimin bertanggungjwab atas apa yang dipimpinnya ."

(HR Bukhari dari hadits Nafi' bin Umar RA )

Seorang ayah yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sempurna ,berarti dia telah bebas dari tanggungjwabnya dihadapan Allah di hari Pembalasan .Firman Allah , Wahai orang-orang yang beriman ,lindungilah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu .Disana ada malaikat yang kasar dan keras ,tidak melanggar perintah Allah kepada mereka dan mereka melakukan apa yang diperintahkan ".
( QS At-Tahrim :6 ).


sumber rujukan : Cinta di rumah Hassan al-Banna ,Panduan mendidik anak menurut Islam-Anakku Hebat ,Anakku Soleh ,Zahazan Mohamed .

Wednesday, April 6, 2011

Setetes Embun Cinta Niyala


Puisi indah yang dikutip dari karya Pudarnya Pesona Cleopatra ~ metafora bahasanya buat aku semakin mengagumi penulisnya, Kang Abik ~Subhanallah ,Maha Suci Tuhan ,yang mengurniakan bakat menulis yang bisa menyentuh hati pembacanya (^o^)

Setetes Embun Cinta Niyala
mahar untuk bidadariku adalah sekuntum bunga melati
yang aku petik dari sujud sembahyangku setiap hari
Buah hatiku dengan bidadariku
adalah lahirnya sejuta generasi teladan
yang menggendong tempayan –tempayan kemaafan
bagi manusia dan kemanusiaan
pada setiap tempat ,pada setiap zaman
mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
alam abad-abad yang susah
abad-abad yang tidak mengenal Tuhan
abad-abad naluri kemanusiaan
abad-abad berkuasa rezim-rezim kemungkaran
dan mereka tetap kekar dan setia
membela kebenaran dan keadilan
estafet perjuangan kami berkelanjutan
sambung-menyambung pada setiap perjuangan
tak berpenghabisan
terus bergerak
mengairi ladang –ladang peradaban
seperti cintaku
pada bidadariku
yang terus tumbuh
semakin subur
dari hari ke hari
laksana kalimat-kalimat suci
dari hati para salihin
di hati para nabi
............
dadaku membuncah rasa ingin menulis ,pena ku ligat menari mencoretkan kata-kata diatas lembaran hayatku dan akan sentiasa terpatri di relung hatiku ~impianku untuk berkarya dan menulis untuk berkongsi rasa ,pengalaman ,ilmu dan mudah-mudahan dapat menjadi manusia yang BERMANFAAT untuk orang lain ~inshaAllah ,mohon doanya ..

Sunday, April 3, 2011

Beruntunglah orang-orang yang berTAWAKKAL ~



Seringkali kita dengar ada orang yg tertimpa cobaan berat dalam hidupnya ,kemudian menangis tersedu-sedu kerana beratnya dugaan itu .Setelah ditanya bagaimana reaksinya atas apa yg dialaminya , dia menjawab, ‘‘Pasrahkan saja kepada Tuhan .’’~mengambil jalan utk pasrah tanpa berbuat sesuatu untuk mengatasinya .

Dalam sejarah Islam ,sikap tawakkal pernah dipamerkan Nabi saat terjadi peristiwa hijrah kaum muslimin dari Makkah ke Madinah .Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq berusaha mencari tempat persembunyian agar tidak diketahui musuh .Saat itu ,Nabi meredam kegalauan Abu Bakar yang amat khawatir kalau kaum kafirin akan menemukan persembunyiannya.Nabi menegaskan ,Jangan takut ,sesungguhnya Allah bersama kita .’’

Sikap Nabi tersebut adalah dari realisasi TAWAKKAL yang sesungguhnya ,iaitu mendapat puncak kepasrahan dalam menghadapi fenomena yang sering terjadi .Beliau bukanlah Nabi yang selalu mendapat perlindungan total dari Allah sehingga selalu dalam keadaan selamat .Oleh sebab itu ,Nabi tidak berdoa agar jasadnya tidak terlihat musuh atau terbang dibawa angin sekalipun itu tidak mustahil terjadi sebagaimana bisa dilakukan Nabi Sulaiman .

Rasulullah SAW adalah manusia yang paling agung dengan sikap kesederhanaan .Beliau tidak mengedepankan kelebihan beliau diluar kemampuannya sebagai manusia biasa . Tindakan Nabi tersebut adalah sikap mulia yang telah memberi petunjuk kepada umatnya bahawa usaha berlindung di dalam gua adalah bagian ikhtiar yang harus dilalui sebelum melakukan penyerahan diri secara hollistik kepada Allah .

Dalam pandangan syariat ,salah satu ciri TAWAKAL adalah adanya usaha (ikhtiar) terlebih dahulu ,kemudian menyerahkan segala usaha hanya kepada Allah ,baik gagal maupun berhasil .

Bagi pelajar perubatan yang realitinya sarat dengan dugaan peperiksaan yang bertali arus saban waktu ,jika dia benar-benar bertawakkal ,pelajar itu tentu memiliki keteguhan dan keyakinan tinggi ; masalah –masalah yang justeru menimpanya tentu tidak akan terlalu difikirkan ;bahkan semuanya diserahkan kepada Allah semata

*****

Baru 2 minggu yang sudah aku menemukan situasi yang persis seperti ini ~bersama dan menyaksikan pelajar perubatan tahun akhir di fakultiku yang baru usai menghadapi detik-detik getir ikhtisas (professional exam b4 anda layak menyandang title doktor perubatan ) merupakan moment2 indah yang tak dapat ku ukirkan diatas kanvas kehidupanku ~indah,dan cukup tenang andai segalanya disandarkan kepada-Nya semata , pergerakan solat , permohonan doa dan segala perbuatan terasa diperhatikan dan sangat dekat pada-Nya ,rasa tak mampu meninggalkan solat jemaah di surau dan andai telat pasti terbersit seribu penyesalan .. .SUBHANALLAH ,Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan hati kepada hamba-hamba-Nya . Bayangkan pelajaran yg di pelajari hampir lebih 5 tahun bakal di soal dalam peperiksaan selama 2 minggu ,(teori 1 minggu ,short case n long case 1 hari yang sama )

pada detik itu ,terbersit di benakku ,waktu bakal menjemputku untuk aku rasai perasaan yang sama seperti mereka , tahun 2012 bakal mencatat sejarah melahirkan doktor perubatan ~ MD UKM ,InshaAllah~

Alhamdulillah , janji Allah itu sangat pasti …

Beruntunglah orang2 yang bertawakkal ..Tanpa gusar atau bingung ,mereka yakin akan ketentuan-Nya sehingga menyerahkan segenap permasalahan kepada Allah semata .Dengan menyerahkan segenap urusan kepada Allah ,persoalan yang membelit ,kesengsaraan yang menimpa ,dan kesusahan yang melanda akan terungkaikan dgn baik..

Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya .Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah , niscaya Allah akan mencukupkan ( keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya .Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu .(Q.S At-Thalaq: 3)