Friday, July 22, 2011

WHAT IT TAKES TO BE A PROFESSIONAL and SAFE DOCTOR ?



All praises to Allah ..
It have been almost 7 weeks ,i have been in this O&G posting ,
well said ,it is not easy to be at this level
it was tremendously full of challenges,
need a lot of sacrifices
be ready to be scolded and criticized
be ready for sleep deprivation
as well as improper and sometimes unhealthy food consumption

After all ,u are so fortunate
because u are actually in the path that are not taken by someone else
THE ROAD NOT TAKEN ...because
it is being a doctor for the UMMAH
a healer to ur society
a daie to ur patient

Hence ,justify the purpose of being in this profession
purify our NIAT
if u unwillingly to be in this position
u will definitely end up being an unsafe doctor
however ,if everything is LILLAHI TA'ALA
then ,WORK for it ,STRIVE for it and ACT like ONE
InshaAllah ,at the end of the journey ,we will become a SAFE doctor
so let us start now
be an EXEMPLARY medical student
be a DISTINCTION one
it does not matter how genius you are
most important is ur attitude toward this learning process
and how much u gain throughout this process

"According to American Board of Internal Medicine Project of Professionalism ,professionalism includes ALTRUISM ,ACCOUNTABILITY ,EXCELLENCE ,DUTY , HONOUR and INTEGRITY as well as RESPECT FOR OTHERS ".



It's what we do
It's who we are ,on the inside
Because ,after all...
"IT'S WHAT'S INSIDE THAT COUNTS"

Take home message~
"It is not about being THE BEST among the BEST ,but it is HOW to give the BEST to ur patient ( ^_^ )"

Tuesday, July 12, 2011

sepotong episode dalam denai-denai kehidupan ~


Alhamdulillah ,malam 12 Syaaban ini ,berpeluang berkumpul dalam majlis ilmu setelah kantung-kantung jiwaku semakin lusuh ,kosong dan gersang tanpa cebisan hidayah-Nya ..syukur ,Ya Allah

Hidup adalah perjalanan hati yang sarat dengan ujian
dan ujian seperti ini sungguh terkesan pada diri
baru diuji kesibukan yang bertali arus dalam medan pra-pekerjaan ,
belum lagi memasuki era kerjaya yang sememangnya menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang maha hebat


waktu itu telah kau persiapkan
waktu itu semakin hampir
ia tak mungkin dipercepatkan apatah lagi ditangguhkan
tetapi, kenapa aku masih meminggir ?

Ya Allah
bantu aku ya Rabb
leraikan hati ini dari belenggu nafsu yang sangat menyeksa
dalam keghairahan mengejar ilmu dunia
hanyut dalam angan-angan dan impian yang tidak berkesudahan
hingga aku acap kali alpa dan leka
panggilan itu..
sungguh semakin hampir dan pasti

Tuntun hamba-Mu Ya Ilahi
semoga dipenghujungnya nanti ,
momentum dakwah ini dapat dipertahankan
justeru mengairi ladang-ladang amal
moga medan ibadah ini sentiasa menjadikan aku hamba yang taqarrub dgn-Mu

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir dan apakah tidak datang kepadamu pemberi peringatan ".( Al-Fathir : 37 )

''Demi masa .Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian ,kecuali orang -orang yang berIMAN dan mengerjakan AMAL SALEH ,dan berpesan-pesan kpd KEBENARAN dan berpesan-pesan kpd KESABARAN ''.(Al-'Asr:1-3 )

~Sepotong episod kembara HATI ke arah menjadi DOKTOR MUSLIMAH & MUKMINAH .

Saturday, June 4, 2011


Bismillah ~

Kerinduan yang meledak di sukma hati untuk mencoretkan perkongsian ilmiah setelah seminggu sibuk dengan kem PPD (PERSONAL AND PROFESSIONAL DEVELOPMENT )~

seperti yang di janjikan ,saya sambung perkongsian minggu lalu

Mari berkenalan dgn Sultan Muhammad II-Sang PEMBUKA ~


Beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan merupakan anak keempat Sultan Murad II .
Selepas wafatnya Sultan Murad II ,Sultan Muhammad II memegang tampuk pemerintahan ketika berusia 19 tahun dan seterusnya memerintah dgn penuh adil selama 30 tahun antara 1451 hingga 1481 M.

Sepanjang zaman pemerintahannya, beliau telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan .
Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 3 Mei 1481 .

Jasad beliau disemadikan di Stambul ,bandar lama di selatan Tanjung Emas ,berhampiran panorama bersejarah yang menyaksikan 70 buah kapal tentera Uthmaniah dari atas bukit yang telah merobek lipatan sejarah setelah merempuh kota Konstantinople .

Ingin saya kongsikan juga 1 penemuan matematik yang menarik.
Angka '53' dilihat cukup simbolik dan sinonim dengan Sultan Muhammad al-Fateh .Penawanan Konstantinople berlaku pada 5 haribulan 3(May 3 1453 ),seterusnya pengepungan berlaku selama 53 hari ,dan beliau wafat pada usia 53 tahun .

Bakat dan Kepimpinan

Sultan Muhammad II adalah seorang sultan Uthmaniyyah yang berwibawa sebagai seorang pentadbir , ketua tentera dan juga seorang yang mahir dalam ilmu sejarah ,geografi ,ilmu falak dan puisi .

Menurut Bellini ,iaitu seorang pelukis dari Venice yang bertemu Sultan Muhammad II ini digambarkan sebagai seorang Islam yang warak dan fasih bertutur dalam sekurang-kurangnya 3 bahasa- Arab ,Parsi dan Turki .


Menurut Halil Inalchik :


"Sultan Muhammad al-Fateh pada awal pemerintahannya menunjukkan minat yang mendalam pada seni dan kebudayaan Itali selepas Renaissance .

Sultan Muhammad al-Fateh memang satu-satunya sultan uthmaniah yang berwawasan jauh dan besar jiwanya .Semata-mata mau belajar agama Kristian drpd mereka yang pakar ,beliau memerintahkan paderi Gennadius bagi menulis risalah perihal agama itu kepadanya .Di dalam istananya ,beliau mengumpulkan sarjana-sarjana Greek dan itali bagi menulis mengenai agama Kristian seprti Amirutzes dari Trebizon ,Critoloulus dari Imbros dan Ciriaco dari Ancona .Beliau mengarahkan Amirutzes mendapatan utknya peta dunia ,menterjemahkan peta geografi Ptolemy dan menyediakan perpustakaan khas istana yang menyediakan karya-karya Latin serta Greek .
Beliau menunjukkan minat kepada Gentile Bellini yang beliau bawa dari Venice bagi mencork dinding istana Usmaniah dgn seni ukir Itali dan melukis potretnya sendiri .

Berlinghieri pula membentangkan Geographia kepada Sultan Muhammad al-fateh manakala Robert Valturio membentangkan De re military kepadanya .

Demikian juga Giovanni Maria Felifo menulis sajak Amyris memuji Sultan Muhammad."


Sultan Muhammad II juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan secara tegas menyatakan cita-citanya menawan kota Konstantinople sebaik shj beliau dilantik menjadi Sultan .

Bagi merealisasikan cita-citanya itu Sultan Muhammad II terlibat sendiri dengan perancangan bagi menawan kota ini sejak awal-awal lagi .

Usaha ini turut dibantu oleh penasihat dan pembantunya yang berwibawa seperti Akh Samsuddin yang merupakan penasihat kerohanian nya dan wazir Zarghanos Pasha .




sumber rujukan :

1. Kuasa KepimpinaN al-Fateh ,Tulisan Ust.Syaari Abdul Rahman ,
2. Prof Mohamad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sejarah Sains Sasial Uni.Malaya,
3. Dr.Eeman Mohamed Abbas .Penulis buku Sultan Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiyyah .

Monday, May 30, 2011

IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453 ~Part 1




Sabtu lepas-28 Mei 2011, baru shj menghadiri seminar di atas bertempat di UIA,Alhamdulillah terlalu banyak input yang sangat menarik ,membuka mata hati serta menginspirasi relung jiwa.Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 yg tidak berkesempatan untuk pergi ,Semoga bermanfaat ~


"Dan binalah persiapan bagi menghadapi mereka dgn apa sahaja kekuatan yang kamu mampu "(al-Anfal : 60).


Ayat di atas direkodkan oleh Maulana Sheikh al-Kurani dari Sultan Muhammad bin Murad al-Fatih ketika menulis suratnya kepada raja Mesir,al-Asyraf Inal menyatakan dengan jelas faktor kejayaannya membuka Kota Konstantinople .

Kedudukan Konstantinople yang strategik dan kemasyhuran yang dimilikinya ,percubaan menaklukinya telah bermula sejak pemerintahan khalifah Muawiyah lagi yang pernah menghantar bala tentera bagi menakluki kota tersebut pada tahun 669 Masihi .





Usaha ini gagal kerana kekebalan kota Konstantinople ,tetapi menjadi suatu peristiwa bersejarah apabila sahabat nabi ,Abu Ayyub al-Ansari meninggal dunia dalam ekpedisi ini .

Usaha bagi menakluk kota ini dipertingkatkan lagi oleh sultan-sultan Daulah Uthmaniyyah yg mengaitkan usaha ini dgn keyakinan pada sebuah hadits yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit Khandaq iaitu;


‘‘..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera …’’


Abu Ayyub juga berwasiat ;
‘‘Semadikan jasadku di bawah benteng Konstantinopel ini .Satu hari nanti aku dapat mendengar bunyi derapan kaki kuda SEBAIK-BAIK RAJA yang mengetuai SEBAIK-BAIK TENTERA .Pada saat itu aku tahu tercapai sudah hadits Nabi Muhammad SAW’’ .


Kepentingan hadits serta wasiat diatas sentiasa membakar semangat Sultan Muhammad al-Fatih untuk berusaha sejak dari usia muda untuk menakluki ibu Kota Bryzantine

Beliau sangat yakin bahawa dirinya adalah pemimpin terBAIK untuk memikul tugas murni yang gagal di sempurnakan oleh pemimpin sebelumnya .

Strategi Sultan Muhammad bagi menakluki Constantinople ;

Menyempurnakan binaan Rumeli Hissari pada tahun 1452 M –tembok laut yang dibina bagi mengepung musuh .Binaan ini bertentangan dgn benteng Anadolu Hissari ditebing sebelah Asia .

Kedua-dua benteng ini berperanan mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi selat Bosphorus dan menghalangi pergerakan tentera laut Bryzantine itu sendiri .


KERANGKA MASA PEPERANGAN


• Isnin 2 April 1452 - Sultan Muhammad II telah mengistiharkan perang ke atas kota tersebut setelah yakin bahawa Constantinople telah dipencilkan .

• 6 April 1453- Serangan dimulakan ba’da solat Jumaat dengan tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi yang dicipta oleh jurutera Hungary bernama Urban .

**meriam ini mampu menembak peluru seberat 800-1200 paun = 362-544.3 kg (Subhanallah ) –yang akhirnya berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan

140 buah kapal perang ,320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk 12,000 tentera janisari yang terlatih .

• Selepas 2 minggu diserang –kota tersebut masih bertahan disebabkan keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat .

• Malam 21-22 April 1453 ,Sultan Muhammad al-Fatih telah mengarahkan supaya semua kapal perangnya diseret melalui Bukit Galata menuju Tanduk Emas bagi membolehkan serangan laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan .

*strategi mengejutkan ~Kayu bulat yang telah dilicinkan menggunakan lemak lembu telah digunakan bagi mewujudkan sebuah landasan yang dapat memudahkan kapal ini diseret melalui bukit .
Strategi ini yang telah berjaya memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dgn lebih berkesan .

• Malam 26 Mei 1453 –Sultan Muhammad II telah mengadakan perundingan dgn pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilaksanakan .

• Ahad 27 Mei 1453-Melakukan lawatan ke atas ketumbukan tenteranya bagi memeberikan semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople Berjaya ditakluki .


• 28 Mei –mengarahkan tenteranya supaya berehat,membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada keesokan harinya .

• Awal pagi Rabu,29 Mei 1453-Tentera Uthmaniyyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada waktu malam nanti .

SERANGAN TERANCANG


• Serangan awal –melibatkan pasukan rakyat yang kurang mahir

• Diikuti dgn serangan oleh tentera yang lebih terlatih
• Akhirnya menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih . (tentera Janissari merupakan unit tentera elit yang terdiri drpd pengawal peribadi sultan-sultan )

InshaAllah ,akan bersambung dalam part 2...& 3 ~

Monday, May 23, 2011

Puisi Ketika Cinta Bertasbih



DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

kerana hati masih belum bisa berbicara tentang cinta
maka puisi ini kukutip dari sebuah buku *Jalan Cinta Para Pejuang*

Seringkali, yang paling mencintai kita
Tak menjadi yang paling kita cintai
Dan mungkin pernah,
yang paling kita cintai
Membuat hati kita bagai dirajam duri


Dalam makna memberi itu posisi kita sangat kuat:
Kita tak perlu kecewa atau terhina dengan penolakan,
Atau lemah atau melankolik saat kasih kandas karena
takdirNya
sebab disini kita justru sedang melakukan
sebuah “pekerjaan jiwa” yang besar dan agung
iaitu MENCINTAI
-M.Anis Matta-


Kalau cinta berawal dan berakhir karena Allah,
Maka cinta yang lain hanya upaya menunjukkan cinta padaNya,
Pengejawantahan ibadah hati yang paling hakiki:
Selamanya memberi yang bisa kita berikan,
Selamanya membahagiakan orang-orang yang kita cintai.
-M.Anis Matta-

Biarlah rasa sayang ini ku mahkotai dengan keimananku dan biarlah rasa ini berhenti pada titik ketaatan kepadaMu, Ya Rabbku....

Wednesday, May 18, 2011

THE STORY OF THE PENCIL ~


taken from 'LIKE THE FLOWING RIVER' by Paulo Coelho,

diri kita ibarat sebatang pensel .....yang sebenarnya mempunyai KUALITI tersendiri ,

A pencil has 5 qualities which ,if u manage to hang on them ,will make u a person who is always at peace with the world .

'First quality : you are capable of great things ,but you must never forget that there is a hand guiding your steps .That is the hand of God and we must always bear in our mind that -He always guides us according to His will .

'Second quality : Now and then, I have to stop writing and use a SHARPENER .That makes the pencil suffer a little ,but afterwards ,he's much SHARPER .So ,you too ,must learn to bear certain pains and sorrows ,because they will make you a BETTER person .

no pain ,no gain .
sharpen the saw in order to become highly effective Mukmin

'Third quality : the pencil always allows us to use an eraser to rub out any mistakes .This means that correcting something we did is not necessarily a bad thing ; it helps us to keep on the road to justice ^_^


Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya ,kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
( An-Nisaa': 110 )

Dari Ibnu Abbas RA ,ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang membiasakan membawa istighfar ,maka Allah akan melapangkan segala kesempitannya ,memudahkan segala kesulitannya dan memberi rezeki yang tanpa diduga-duga .

(HR Abu Dawud )

'Fourth quality : what really matters in a pencil is not its wooden exterior ,but the graphite inside .So always pay attention to what is happening inside you .



'Finally, the pencil's fifth quality : it always leaves a mark .In just the same way ,you should know that everything you do in your life will a mark ,so try to be conscious of that in every action.'

Tuesday, May 10, 2011

IBU ,madrasah pertamaku ~


IBU...
posisi seorang ibu adalah anugerah terindah yang dikurniakan Tuhan
buat seorang wanita,
yang pengorbanan mereka bukan tandingan
keteguhan iman menjadi tunggak keyakinan
persis Sumayyah simbol syahidah dan mujahidah teladan
walau nyawa dan keluarga menjadi taruhan
biar dihimpit beratnya seksaan ,
namun keislamanmu tidak sedikitpun tercalar,
bahkan utuh dipertahankan
janji Allah itu pasti ,kata-kata Rasulullah menjadi pegangan
agar istana syurga menanti keluargamu sebagai balasan kesabaran
syahidmu justeru menoreh sejarah dengan tinta -tinta emas dalam peradaban Islam



Ibu
panggilan yang begitu menggugah jiwa ,menyeruak ke relung qalbu terdalam
lantas merembeskan embun-embun kebahagiaan
tatkala panggilan itu diteriakkan oleh sosok-sosok mungil yang menanti penuh harapan
melakarkan nuansa-nuansa kasih sayang ,kerinduan dan kekuatan dan kedamaian


Ibu
madrasah agung yang berperanan mencetak generasi Rabbani
tempat curahan haru biru perasaan dan kegalauan jiwa
belaianmu yang menenteramkan jiwa tatkala dirundung gelisah
dakapan hangatmu menyelimutkan tubuh kecil sang anak yang ketakutan
Betapa ,
dirimu takkan pernah bisa digantikan oleh gedung-gedung tak bernyawa




Memuliakan ibu adalah prioriti bagi setiap insan di seantero jagad raya .Semua bangsa dan budaya di dunia mengangkat darjat wanita dan meletakkan wanita yang satu ini ditempat yang paling agung .Apatah lagi dalam Islam ,jasa seorang ibu diiktiraf sehingga disebut sebanyak tiga kali dalam hadits Rasulullah SAW .

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bekata : Wahai Rasulullah ,siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati ? Baginda menjawab : IBUMU.Lelaki itu kembali bertanya :Kemudian siapa ? Nabi SAW menjawab :IBUMU .Lelaki itu terus bertanya :kemudian siapa ?Nabi SAW menjawab :IBUMU .Sekali lagi lelaki itu bertanya :KEMUDIAN SIAPA ?Nabi SAW menjawab :Kemudian bapamu ."
(HR Bukhari dan Muslim )



Dari para perempuan itu terbitnya fajar Islam , dengan merekalah Islam menjadi besar ,kerana kekuatan merekalah Islam menjadi kuat dan dari merekalah kemuliaan Islam tersebarluas .

Benar sekali apa yang dilantunkan oleh seorang penyair :

Ibu adalah sekolah ,jika engkau menyiapkannya
berarti engkau telah menyiapkan sebuah bangsa yang hebat .
Ibu adalah gurunya para guru ,
pengaruhnya begitu luas sejauh ufuk .


Akhirul kalam,kepada seluruh mukminah yang beriman kepada Allah dan hari akhir hargailah ibu kita sekiranya mereka masih hidup dan kutiplah ilmu sebanyak-banyaknya ,himpunkan ia menjadi seberkas amal,lalu pergunakan ia buat persediaan untuk mengemban amanah dakwah kepada agama Allah dan justeru mencetak generasi Rabbani sebagai penyambung umat zaman ini .

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya.Ibunya telah mengandung dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah .Masa mengandung sampai menyapihnya selama 30 bulan,sehingga apabila dia (anak itu)telah dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun,dia berdoa, "Ya Tuhanku ,berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku,agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai;dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku.Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang Muslim."

Al-ahqaf(46) : 15

Nukilan nurani,

Wardatul ad-diniah