"Dan tetaplah memberi PERINGATAN ,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang -orang mukmin." (QS At-Tur (52): 55 )
Saturday, June 4, 2011
Bismillah ~
Kerinduan yang meledak di sukma hati untuk mencoretkan perkongsian ilmiah setelah seminggu sibuk dengan kem PPD (PERSONAL AND PROFESSIONAL DEVELOPMENT )~
seperti yang di janjikan ,saya sambung perkongsian minggu lalu
Mari berkenalan dgn Sultan Muhammad II-Sang PEMBUKA ~
Beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan merupakan anak keempat Sultan Murad II .
Selepas wafatnya Sultan Murad II ,Sultan Muhammad II memegang tampuk pemerintahan ketika berusia 19 tahun dan seterusnya memerintah dgn penuh adil selama 30 tahun antara 1451 hingga 1481 M.
Sepanjang zaman pemerintahannya, beliau telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan .
Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 3 Mei 1481 .
Jasad beliau disemadikan di Stambul ,bandar lama di selatan Tanjung Emas ,berhampiran panorama bersejarah yang menyaksikan 70 buah kapal tentera Uthmaniah dari atas bukit yang telah merobek lipatan sejarah setelah merempuh kota Konstantinople .
Ingin saya kongsikan juga 1 penemuan matematik yang menarik.
Angka '53' dilihat cukup simbolik dan sinonim dengan Sultan Muhammad al-Fateh .Penawanan Konstantinople berlaku pada 5 haribulan 3(May 3 1453 ),seterusnya pengepungan berlaku selama 53 hari ,dan beliau wafat pada usia 53 tahun .
Bakat dan Kepimpinan
Sultan Muhammad II adalah seorang sultan Uthmaniyyah yang berwibawa sebagai seorang pentadbir , ketua tentera dan juga seorang yang mahir dalam ilmu sejarah ,geografi ,ilmu falak dan puisi .
Menurut Bellini ,iaitu seorang pelukis dari Venice yang bertemu Sultan Muhammad II ini digambarkan sebagai seorang Islam yang warak dan fasih bertutur dalam sekurang-kurangnya 3 bahasa- Arab ,Parsi dan Turki .
Menurut Halil Inalchik :
"Sultan Muhammad al-Fateh pada awal pemerintahannya menunjukkan minat yang mendalam pada seni dan kebudayaan Itali selepas Renaissance .
Sultan Muhammad al-Fateh memang satu-satunya sultan uthmaniah yang berwawasan jauh dan besar jiwanya .Semata-mata mau belajar agama Kristian drpd mereka yang pakar ,beliau memerintahkan paderi Gennadius bagi menulis risalah perihal agama itu kepadanya .Di dalam istananya ,beliau mengumpulkan sarjana-sarjana Greek dan itali bagi menulis mengenai agama Kristian seprti Amirutzes dari Trebizon ,Critoloulus dari Imbros dan Ciriaco dari Ancona .Beliau mengarahkan Amirutzes mendapatan utknya peta dunia ,menterjemahkan peta geografi Ptolemy dan menyediakan perpustakaan khas istana yang menyediakan karya-karya Latin serta Greek .
Beliau menunjukkan minat kepada Gentile Bellini yang beliau bawa dari Venice bagi mencork dinding istana Usmaniah dgn seni ukir Itali dan melukis potretnya sendiri .
Berlinghieri pula membentangkan Geographia kepada Sultan Muhammad al-fateh manakala Robert Valturio membentangkan De re military kepadanya .
Demikian juga Giovanni Maria Felifo menulis sajak Amyris memuji Sultan Muhammad."
Sultan Muhammad II juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan secara tegas menyatakan cita-citanya menawan kota Konstantinople sebaik shj beliau dilantik menjadi Sultan .
Bagi merealisasikan cita-citanya itu Sultan Muhammad II terlibat sendiri dengan perancangan bagi menawan kota ini sejak awal-awal lagi .
Usaha ini turut dibantu oleh penasihat dan pembantunya yang berwibawa seperti Akh Samsuddin yang merupakan penasihat kerohanian nya dan wazir Zarghanos Pasha .
sumber rujukan :
1. Kuasa KepimpinaN al-Fateh ,Tulisan Ust.Syaari Abdul Rahman ,
2. Prof Mohamad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sejarah Sains Sasial Uni.Malaya,
3. Dr.Eeman Mohamed Abbas .Penulis buku Sultan Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiyyah .
Subscribe to:
Posts (Atom)