Friday, October 28, 2011

Adik kecil yang berbakat unik (^_^)


Semalam saya dikejutkan oleh seorang budak perempuan berumur 15 thn,saya mengukir senyum gembira tatkala tangannya menghulurkan sekeping lukisan  .Lukisan seorang doktor .dan yang istimewanya ,terukir nama saya  disitu .Terima kasih my dear..Dhiya ,cucu kepada pesakit di wardku .

Dhiya mempunyai bakat yang sangat mengagumkan ,lukisannya sangat indah biarpun hanya dilakar di atas kertas A4 shj .
Entah macam mana , aku mengambil kesempatan  melihat hasil kerjanya  yang yang kemas dan unik itu .ternyata Dhiya sebenarnya sangat berbakat melukis kartun ,dan yang menjadi kegemarannya adalah melukis kartun Jepun ...minatnya tidak berhenti setakat itu ,malahan ,dia juga mahir menulis bahasa Jepun.
Anak kecil yang bijak dan berbakat .Moga dengan sentuhan bakatmu ,kelak ,kau bakal mengukir nama untuk menghasilkan kartun -kartun yang membawa mesej dakwah.InshaAllah ,pasti bakat yang mengalir itu tidak sia-sia ,kerana biarpun nampak kecil di mata manusia ,namun besar nilaiannya disisi Allah SWT .



lukisan pertama yang kuterima ...


luksan kedua ,i love this picture .

she actually is not used to draw  cartoon wearing a hijab.Alhamdulillah ,Dhiya cuba juga melukis kartun bertudung ,and surprsingly ,it turn out to be a nice drawing ..dalam hati nuraniku terbersit ,moga adik ini nanti meneruskan usahanya dalam bidang dakwah ..melukis untuk memberitahu dan melukis untuk berkongsi ilmu..


Tuesday, October 18, 2011

menyemai benih -benih ILMU, menuai redhaNya di ladang amal


Kadang dalam putaran dan arlogi masa ,ada detik pahit yang menjengah di sudut jendela hati kita ,badai musibah yang menerjah .Usah biarkan ia berterusan sehingga meruntuhkan  ketenangan hati dan benteng iman .

Sebagai seorang pelajar perubatan esp Final year ,dan mendekati hari –hari menjelangnya peperiksaan IKHTISAS ,aku juga tidak terlepas dari dihinggapi perasaan sedih  ‘burnt out’ ,’demotivated’ ,dan yg seumpamanya ….
Ingatlah ,Allah itu sentiasa mendengar setiap rintihan dan keluhan hati kita ,tidak mengapa ingin menangis asalkan tangisan itu terbit dari relung hati yang bersinar dengan cahaya keinsafan.Kadang kita tidak menyedari  ilmu yang dikurniakan Dia itu hanya sebagai ujian ,bila waktu telah berakhir ,pasti nikmat itu akan ditarik kapan saja ,tanpa mengira waktu .

Seringkali kita tidak menyedari ada sekelumit perasaan riak’ dan sum’ah yang membusuk di dalam dada  dek kerana kepandaian kita dan keupayaan kita memahami ilmu dengan mudah
Kita bangga dgn ilmu yang kita kuasai ,malah jika disoal berkenaan perubatan yang dilontarkan tidak kira semasa ward round atau teaching ,sepantas kilat kita menjawab dengan penuh bangga .Tidak salah menjadi PROAKTIF  ,tapi jangan sampai timbul perasaan bangga diri yang justeru memakan diri .
Juga tidak sepatutunya merasa terlalu merendah diri hingga digelar  pelajar pasif .

Nauzubillah ,Ya Allah peliharalah aku dari perasaan bangga diri yang boleh menjerumuskan aku di lembah neraka ..
Sentiasa lantunkan ‘Alhamdulillah’  tiap kali  kita berjaya menjawab soalan  dengan tepat ~
semoga Allah tambahkan ilmu dan kefahaman kita ,seterusnya dengan ilmu itu kita bisa mengajarkan kepada sahabat 2 yang lain pula .
Hanya membaca BISMILLAH & mengucap ALHAMDULILLAH shj .Mudahkan ?
Ia mungkin nampak sangat ringkas ,namun berapa ramai diantara kita yang mempraktikkan dalam kehidupan kita seharian .
Saya tinggalkan kita semua dengan persoalan ini .Tepuk dada,  tanyalah Iman ?
SesungguhNya hidayah itu milik Allah .Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan tergolong dalam golongan yang sentiasa berada di landasan syariat-Nya .InshaAllah…
( Al A’raaf 7 : 43 )
وَ قَالُوْا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ هَدٰ ئنَا لِهٰذاَ وَمَا كُناَّ لِنَهْتَدِيَ لَوْ لاَ ٓ أَنْ هَدٰئ ناَ الله ُ
Mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk" 
Maka jika kita ingin selamat dalam menjalani kehidupan yang begitu sulit ini, hanya ada satu jalan yaitu memohon kepada Allah agar dikaruniakan petunjuk dalam menjalaninya, menentukan keputusan yang tepat, memilih pilihan yang benar. Karena Allah Maha Mengetahui kehidupan yang telah Dia diciptakan, sedangkan manusia serba tidak tahu.


Ya Ilahi ,peliharalah hati -hati kami dari sifat 'ujub dan sum'ah ,biarlah hati ini tenggelam dalam lautan kecintaan kepada-Mu agar setiap amal perbuatan yang kami lakukan justeru hanya  mengharap mardhotillah -Mu.
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"  (Surah as-Sajadah:15-16)







Antara doa-doa yang boleh diamalkan :  
Do’a dari Al-Qur`an :
رَبِّ زِدْنِي عِلْماً
"Duhai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (QS. Thaha : 114)

Do’a dari Sunnah Rasulullah :

اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal, dan amal yang diterima.”
(Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh al-Humaidi (1/143) no. 299, Ahmad (6/322), Ibnu Majah no. 925)

اَللَّهُمَّ انْفَعْنِيْ بِمَا عَلَّمْتَنِيْ وَعَلِّمْنِيْ مَا يَنْفَعُنِيْ وَزِدْنِيْ عِلْمًا
“Ya Allah, berikanlah manfaat kepadaku dengan apa-apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa-apa yang bermanfaat bagiku dan tambahkanlah ilmu kepadaku.
(Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi no. 3599 dan Ibnu Majah no. 251, 3833 dari Abu Hurairah)

اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعْ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعْ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعْ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهُ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusu’, nafsu yang tidak pernah puas, dan do’a yang tidak dikabulkan.”
(Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh Muslim no. 2722 dan An Nasaa-i (8/260) dari Sahabat Zaid bin Al Arqam)








aku penulis biasa ,hamba-Nya yang penuh palit palit noda ,kelamnya hati Allah Maha Tahu
andai penulisanku ada kesamaran serta ada kekhilafan .mohon tegurlah diri ini..sesungguhnya teguran yang membina serta nasihat dari kalian  sangat bermanfaat untuk penambahbaikan ilmu dan amal ~Jazakallah

Monday, October 3, 2011

PERNIKAHAN , adat vs TUNTUTAN SYARIAH ,


PERNIKAHAN ,  adat vs TUNTUTAN SYARIAH ,

Meraih KEBERKATAN atau mencipta KEMEGAHAN ???




RENUNGAN buat para muslimin serta muslimat sebelum mendirikan rumah tangga , 

artikel ini sy kutip dari laman web iluvislam .sgt bagus utk sama -sama kita  zikr-fikirkan  ,tambahan, banyak sahabat-sahabat  diluar sana serta peringatan buat diri juga agar memperlengkapkan benteng diri dengan pelbagai bentuk ilmu kekeluargaan ,tidak cukup dengan itu ,kukuhkan juga perisai ilmu dengan tarbiyyatul fil-al-aulad agar zuriat yang lahir terpelihara dari arus globalisasi yang penuh hedonisme ini .

InshaAllah moga kita  dapat bercinta hingga ke syurga & seterusnya membangun cinta di syurga Firdausi ~

*************************************************************




Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.
Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.
Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.
Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.
Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.
Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan  tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.
Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.
Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.
Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.
Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya.Carilah ilmu yang bermanfaat.
Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?
Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang.
Artikel iluvislam.com (3 okt 2011 )
oleh saudara Zulakmar Hazwan -www.notafikir.com

Monday, September 26, 2011

an inspiration , future Muslim physician ^_^


Alhamdulillah ,praise to Allah ,for giving me time to share an  inspiring story with all of you ~ 

25 September 2011 melakarkan sejarah indah dalam liku-liku kehidupanku,bertemu kak long a.k.a Dr Murnira ,now, she is working in Queen Elizabeth Hospital ,Sabah ...

DR.MURNIRA ( ^_^)

it was indeed  a sweet and memorable moment for me ..i just miss u kak long ..
thanks for being such a good sister to me ,
a great person who always inspired me , 
a sister who is always   full of spirit ,
a person who is  amazingly  resilient , 
you have taught me the true meaning of perseverance ..


I remember those hard time yet precious  ,when I accompanied you weeks before you will be sitting  for ur professional exam ..
times where we cooked together and eat together, jogged together at tasik and prayed together ...
 nothing can actually replace those times ...


ALHAMDULILLAH ,thank you Allah for sending me a good sister who always remind me whenever i'm wrong ,who always be besides me whenever I need  someone to cry on..


Thanks kak long ,hopefully i 'll be following you  in the next  few months ,pass Professional exam in March 2012  with flying colors and eventually graduated as a medical doctor .inshaAllah ,Allah knows better ~


Here ,i would like  to share 'the Oath of Muslim Physician' with all of you ,
let us together recite this oath and thus apply it  in the life of  future Muslim physician  . 






 Praise be to Allah, the Teacher, the Unique, Majesty of the heavens, the Exalted, the Glorious, Glory be to Him, the Eternal Being who created the Universe and all the creatures within, and the only Being who contained the infinity and the eternity.
We serve no other God besides Thee and regard idolatry as an abominable injustice.
‘Give us the strength to be truthful, honest, modest, merciful and objective.
‘Give us the fortitude to admit our mistakes, to amend our ways and to forgive the wrongs of others.
‘Give us the wisdom to comfort and counsel all towards peace and harmony.
‘Give us the understanding that ours is a profession sacred that deals with your most precious gifts of life and intellect.
‘Therefore, make us worthy of this favoured station with honour, dignity and piety so that we may devote our lives to serving mankind, poor or rich, literate or illiterate, Muslim or non-Muslim, black or white with patience and tolerance with virtue and reverence, with knowledge and vigilance, with Thy love in our hearts and compassion for Thy servants, Thy most precious creation.
‘Hereby we take this oath in Thy name, the Creator of all the Heavens and the earth and follow Thy counsel as Thou has revealed to Prophet Mohammad.

‘Whoever kills a person … it is as if he killed all mankind, and whoever saves a life, it is as if he saved the life of all mankind …’

Al-Ma'idah (chapter 5 :32 )


This medical oath, which is a composite from the historical and contemporary writings of physicians of the Islamic World, was officially adopted by Islamic Medical Association of North America in 1977.

p/s: kak long ,stay strong~May Allah bless u and may you succeed in ur journey as a humble and noble  professional Muslim physician~my pray and du'a will always be with you .. 

With love, 

hayatan thoiyyibah ^^


Tuesday, September 13, 2011

Kuingin cerita pada -Mu


Bismillah..dengan nama-Mu Yang Maha Pengasih Maha Penyayang ,

Our life is like a marathon, not a sprint.
The point is not to see how fast we can run, but to see how long we run..
how long that person can endure the challenge

There will be times of exhaustion and pain..
times when we are feel like want to drop out and give up..
times when we feel 'burn out'
Hang on in there, don’t lose the fight
Keep pressing on the button continue
no matter what happen
just stay STRONG

cause Allah is always by your side
 always there to grant all your du'a
 always hear all your cries

 Definitely and absolutely ,
 No one completes a marathon without learning the value of persevering.
 Nor does anyone cross the spiritual finish line without learning that same lesson.

 So ,let's never ever give up , May all of us succeed in March 2012,
 5 months more to go b4 our PROFESSIONAL EXAM !!! InshaAllah~



Thursday, August 25, 2011

sejadah penghambaan dalam sisa Ramadhan terakhir



mengejar Ramadhan yg masih tersisa,
tanpa sadar semakin jauh meninggalkan kita
kian hampir melabuhkan tirainya ,
terleka digamit pesona Syawal yang bakal tiba
sehingga kemanisan jamaah ,tilawah dan tahajjud sirna

Tersimpuh aku di atas hamparan sajadah penghambaan
ditemani rintihan dan tangis tak tertahan
Layakkah diri yang hina ini meraih keampunan
atas tumpukan dosa-dosa silam semalam


Ya Ilahi,
Moga bulan mulia ini tidak menyaksikan aku sebagai hamba kepada Ramadhan
Namun,menyaksikan penghambaan dan penyerahan jiwa yang penuh kedhaifan
mengemis limpahan kemaafan-Mu yang tiada tepian

Lailatul qadr –Mu akan terus kuburu
Sekalipun harus bertatih menginjak pintu taubat
Berlari menggapai ijazah takwa dalam akademi Ramadhan
agar berjaya dalam transformasi ke arah menyemai benih-benih ar-Ruhul jadid


Hamba Allah yang penuh dosa dan hina

hayatan thoiyyiban
25 Ramadhan 1432 H

semoga bukan Ramadhan yang kita sembah ,sebaliknya Tuhan yang Maha ar- Rahman yang menjadi tujuan kita
moga kita tetap istiqamah dengan amalan kita walaupun telah keluar dari akademi ramadhan ini

Jika kita boleh bangun qiamulail setiap malam dan soloat witir setiap hari pada bulan Ramadhan
kenapa pada bulan -bulan seterusnya kita liat dan malas untuk tetap istiqamah

Jika kita mampu bermujahadah memelihara lidah ,telinga ,hati dan anggota tubuh yang lain dari sebarang perbuatan mungkar ,apa salahnya ia menjadi titik tolak bagi kita untuk meneruskan pada bulan -bulan yang lain

P/S: Pesanan buat diri yang masih compang-camping amalannya


Wednesday, August 17, 2011

LEARN from your patient

17 Ramadhan 1432H

self reflection post home visit yesterday ,16 August 2011

LEARN FROM YOUR PATIENT

treat the patient as well not only the disease
Ensure continuity of care

this is a summary of the patient's case :
a 48 year-old-gentleman with diabetes mellitus for 8 years and bilateral advanced diabetic eye disease (left eye blindness secondary to chronic retinal detachment )

I learned a lot from this patient
something which is most valuable lesson for me
I learned that health is WEALTH ,don't delay to seek medical treatment if symptoms present
Nothing is more important as compared to Health
being blind does not stop you from doing good deeds
in fact ,he teaches English to the orphanage as part of his volunteer work
eventhough ,he had to use taxi to reach there ,
being blind does not mean Life was at the end
because sharing is caring
even u do not have anything,u lost everything ,you can still share ur knowledge
make other people life more meaningful~




I received a message from my patient after the home visit :

salam.Thanks for ur visit
you are very pleasant and have good bedside manners
u will make a great doctor and patient will like you a lot
keep up the good work make sure you diagnose accurately & prescribe the right medications.
Be sensitive & caring
always update ur self medically & upgrade professionally .Good Luck !
salam-


I remembered those words which i quote from my beloved Prof Har :

"..People may not remember what u did for them or even what u said ,But they will always remember how you made them feel .."

Saturday, August 13, 2011

Menggapai tarikat cinta-Nya

7 SURGA ~ BY EdCOUSTIC




Kumandang cinta bergema hingga kehati

Lafaz lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh

Rapuhnya aku Kau maha tahu

Pagi siang malam dunia yang kutuju

Saat kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya

Reff:

Tuhan kuangkat kedua tanganku

Sudikah Engkau menerima cintaku

Berdarah-darah akan kutempuh

Menggapai tarikat cintaMu



Tujuh surga pun aku tak pantas

Menerima diri yang bersimbah dosa

Kuharap cinta dan ampunanMu

Setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

* * * * * * *

Lirik lagu yang menyentuh jiwa
Terlalu menikmati musik indah band dari Kota Bandung ini
Dibumi Allah ini pancaran nur kasih-Nya merembeskan embun-embun kesyukuran ke kolam kehidupanku

Sungguh diri ini seorang pendosa
Rapuhnya hati Kau Maha Tahu
Segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Mengejar dunia ibarat terlunta-lunta mereguk air laut
Andai di reguk hanya menambah haus
Namun ,tika kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya


Kerana …
realiti kehidupan adalah seperti kegelapan dalam kabut
Atau tenggelam dalam pasir yang membadai
Sampai satu titik ia meronta minta dilepaskan
Dari belenggu yang merenggut mahkota ketenangan abadi
Saat itu ,hati ini perlu kembali pada –Nya
Kerana istirahat itu hanya ada di surga.


curahan hati seorng 'abid ~

Friday, August 12, 2011

Oase Ramadhan~INSPIRASI BUAT JIWA ^^

Alhamdulillah ,sekarang sudah menginjak ke fasa kedua Ramadhan ,fasa Maghfirah .
Disini ,ingin saya kongsikan sebagai inspirasi buat jiwa ,moga menjadi oase yang dapat menyuburkan ketandusan semangat Ramadhan dalam diri yang seringkali dibelit nafsu ammarah ~Wallahu’alam..


Antara peristiwa penting Islam yang berlaku dalam bulan yang mulia ini :

PERANG BADAR AL-KUBRA

Pada bulan Ramadhan tahun ke 2 Hijrah menyaksikan coretan emas dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar al Kubra.Perang ini menjadi penentu nasib Islam dan dakwahnya kerana setiap penaklukan ,pembebasan dan kemenangan yang terjadi adalah bergantung pada medan pertempuran Badar .
Lantaran itu ,al-quran menyebutnya sebagai yaumal furqan-(hari pembeda)


Firman Allah SW dalam al-quran :Jika kamu beriman kpd Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kpd hamba kami (Muhammad ) pada hari Furqan ,iaitu di hari bertemunya 2 pasukan.”( QS Al-Anfal( 8):41 )

17 Ramadhan tahun ke 2H turut menyaksikan kemenangan kpd tentera Islam –sekalipun terjadi perbezaan jumlah dan kelengkapan. Dapat disimpulkan bahawa keabadian kemenangan tersebut bergantung pada KEKUATAN HATI ,iaitu pada hati yang bersih yang justeru meletakkan seluruh pengharapan hanya pada Allah semata .
Di Saat yang kritis dan penuh sulit , Rasulullah saw berdoa dalam tadharru’(merendahkan diri),munasyadah(memuji Allah ),dan syafaat(pertolongan ) memohonkan pertolongan-Nya utk org2 yg beriman .

Ya Allah laksanakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah ,datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan padaku.
Ya Allah jika pemeluk Islam ini binasa ,niscaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka Bumi ini .

Allah lantas menjawab doa Rasulullah saw dan terjadilah kemenangan yang mengejutkan yang telah membatalkan semua usaha kaum musyrik .

FATHUL MAKKAH (Ramadhan tahun ke 8 H)



Penaklukan Kota Makkah membawa pengaruh yang besar kepada penyebaran agama Islam .Noda kejahilan yang menyelubungi Masjidil Haram telah disucikan dengan kehancuran berhala-berhala di sekitar Ka’bah .

Allah telah melapangkan dada orang-orang Arab untuk memeluk Islam dan mereka pun masuk Islam dengan berbondong-bondong .


(QS An-Nashr:1-3 )

PENYEBARAN ISLAM KE YAMAN


Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutus ‘Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas pembebasan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah.
Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS ( SEPANYOL )

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.

Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh Musa bin Nusair ,wakil khalifah di Afrika menawan Andalus.

Tariq memimpin 12.000 armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah melawan 100.000 tentera Roderick. Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berpidato di depan pasukannya:


“Wahai saudara-saudaraku, di belakang kalian laut dan di hadapan kita musuh . Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"

Lalu pecahlah pertempuran antara pasukan Muslimin yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.
Andalus akhirnya berjaya ditawan dan rakyatnya yang dizalimi turut diselamatkan .


PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL


Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya.

Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad.
Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Dari cantuman coretan sejarah diatas dapat di simpulkan bahawa bulan Ramadhan adalah lambang kejayaan umat Islam ,namun,sangat dikesalkan realiti yang berlaku adalah yang sebaliknya . .
Mari sama2 fikir-fikirkan ,

Ramadhan ,bertemu dengannya merupakan peluang yang amat didamba
Namun ,apakah harapan dan layanan kepada tetamu ini tetap sama
rutinitas tahunan yang hampir tidak bermakna
berjayakah kita menggunakannya sebagai wadah transformasi minda dan jiwa ?

PERSOALANNYA ,tepuk dada tanyalah IMAN kita?

Monday, August 1, 2011

Ramadhan yang sama , Natijah yang berbeza~

Salam Ramadhan al-Kareem buat semua pembaca yang dirahmati

Alhamdulillah ,diberi peluang sekali lagi untuk bernafas di madrasah Ramadhan yang mulia tahun ini ,syukur ,Allah masih memberiku kesempatan untuk memohon mahgfirah –Nya dan melalui proses tazkiyatun an-nafs dalam mendidik diri menjadi mukmin yang BERTAKWA .





“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAKWA .” ( QS Al-Baqarah(2) :183 )

Pengertian takwa


Thalq bin Habib rahimahullah berkata,
“Takwa adalah kamu melakukan ketaatan kepada Allah di atas cahaya dari Allah karena mengharapkan pahala dari Allah, serta kamu meninggalkan kemaksiatan kepada Allah di atas cahaya dari Allah karena takut hukuman Allah.” (Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 211 cet Dar al-Hadits 1418 H)

Umar Ibn al-Khatab bertanya kepada Ubai bin Kaab ,sebutkan ciri-ciri takwa kepadaku? Jawab Ubai: Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri? Umar menjawab: Ya. Katanya bagaimana tuan lakukan? Umar menjawab: Saya amat berhati-hari bagi menghindarinya daripada terkena duri. Kata Kaab: begitulah ketakwaan.

Ramadhan yang dilalui saban tahun bagi kita sebagai hamba mungkin sama namun NATIJAH yang ingin di raih harus berbeza dan yang utama adalah untuk mencapai keTAKWAan .

‘‘Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan,akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang berTAKWA.’’ (QS Al-baqarah :177)



Ada sesuatu yang ingin kucapai
Ada matlamat yang harus kutuju
Untuk mendapatkan segulung ijazah dari-Nya di madrasah Ramadhan
Ramadhan tahun ini ,kusematkan azam di relung hati yang terdalam ,
setiap detik ,ketika ,dan saat yang berjalan
akan kumanfaatkan ia dengan mengairi ladang-ladang amal ..

kesibukan belajar dalam final year ni bukan alasan terbaik ,bukan jua halangan untuk menjalani ibadah puasa ini dengan penuh semangat dan kesabaran,kalau dulu aku boleh bertahan penat posting peads di HKL ,so ,sekarang posting Family Med bukan suatu kekangan ,sebaliknya,akan kujadikan ia sebagai cabaran buat diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik disisi-Nya.

AKADEMI RAMADHAN MEDAN TRANSFORMASI DIRI

Aku sering berharap keluarga yang dibentuk adalah keluarga yang terdidik dalam bi’ah soleh+solehah ,zuriat yang bakal terlahir adalah zuriat yang bakal membangunkan semula kegemilangan khilafah Islam .Sejujurnya ,berdakwah dalam skop keluarga ini memang mendidik kesabaran,seringkali aku jadi putus asa andai apa yang diharapkan tidak berhasil,menggilap butir –butir kaca menjadi permata yang bernilai biarpun cahayanya mungkin tidak bergemerlapan ,namun cukup jika ada secebis cahaya yang terbit . wahai Tuhan yang Maha Mendengar ,Makbulkan doa hamba-Mu ini Ya Allah ,Ya Rahman Ya Rahiim.
Perubahan yang perlu dilakukan dari dalam diri sendiri ,agar di penghujungnya jadi contoh terbaik.Mungkin perlu lebih bersabar ,dan jangan mengharapkan perubahan yang drastik tetapi berperingkat –peringkat .


Let’s begin with the end in mind ~


Hayya sahabat ,hayya rafiq , fastabiqul khoirat …Ayuh berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi ibadat puasa kita untuk mencapai darjat ketakwaan justeru meraih kebahagiaan di dunia dan negeri akhirat.


LIST TO be practiced:

1.khatam Quran
2.hafaz surah; ar-Rahman,al-Mulk,al-Waqiah ,al-Jumuah,al-Muzammil, juz 30 .
3.istiqamah Matsurat sughro
4.Puasa yang berKUALITI ; menjaga mulut,menjaga mata ,telinga dan hati dari sebarang maksiat dan dosa.
5.usahakan utk berjemaah 5 waktu /day ,solat rawatib,tarawih ,witir ,bangun solat tahajjud

6.cergas dan cerdas sepanjang Ramadhan
7.Menjaga hablumminallah hablumminannas

p/s: Peringatan buat diri yang sering alpa dan leka .astaghfirullah ..3x

2 Ramadhan 1432 H,KTDI .