Thursday, May 10, 2012

Bahagia hingga ke Syurga




                      '' Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair ''

''Selamat melangkah ke alam perkahwinan  dan mendirikan rumah tangga ''  ...antara ucapan yang disampaikan kepada bakal mempelai ..Perkahwinan bukan sekadar mempersiapkan diri untuk satu alam baru iaitu suami dan isteri ,namun ,ia juga mencakupi persediaan untuk menjadi seorang ayah dan juga ibu serta cabaran yang  bakal mendepani mereka .

Apakah erti kebahagiaan itu ?atas dasar apakah kebahagiaan itu diukur?bertalu-talu persoalan yang datang menjenguk minda ini ...
Bahagia itu sifatnya relatif .
Ramai orang menyangka ketenangan,kebahagiaan ada pada wang yang banyak,rumah yang besar,pangkat yang besar,anak-anak yang ramai dan bermacam-macam lagi . Tapi kadang-kadang ada orang yang hidup dalam kemiskinan hidupnya ternyata jauh  lebih bahagia dan tenang dari orang yang kaya tadi.Walaupun hidup dalam rumah yang usang dan makan seadanya; ibarat kais  pagi makan pagi, kais petang makan petang .
Sebenarnya bukan soal kaya atau miskin yang menjadi persoalan tetapi andai hidup berpaksikan  Al-quran & sunnah Nabi SAW pasti kita akan meraih ketenangan serta kebahagiaan itu .


Perkahwinan ,ia boleh menjadi kebun percintaan boleh juga menjadi pusara pencintaan ...


Dilahirkan dalam sebuah keluarga besar ,sederhana ,namun ,aku masih belum menemui apakah erti KEBAHAGIAAN sebenar ...
masih tercari -cari lentera kebahagiaan itu muncul dan berharap agar baitul muslim yang bakal dibina kelak dipayungi sakinah ,mawaddah wa rahmah ...
Ya ,itulah makna disebalik perjalanan kehidupan ini untuk meraih redha-Nya ~



Alhamdulillah ,cuti sebelum posting ini dapat disi dengan kembara ilmu ke masjid al-Hasanah ,Bangi untuk program KARIMS (Karnival Imarah Masjid dan Surau ) 2012 .Sungguh tepat pada waktunya mencari ilmu untuk ke program kekeluargaan sebegini .Disini ingin saya kongsikan  sinopsis jawapan yang dikemukakan oleh ustaz Hasrizal .

KEBAHAGIAAN dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga adalah letaknya  pada SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH   
(Al-Rum (30): ayat 21).

Di antara tanda -tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan -pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa TENTERAM  kepadanya ,dan Dia menjadikan di antaramu rasa KASIH dan SAYANG. Sungguh pada yang demikian itu benar -benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir .


Ciri-ciri  Sakinah ialah (i) berhenti (ii) tenang. 

Mawaddah pula adalah Al-Hubb al-Zaaid iaitu cinta yang bertambah (hasil menyelesaikan masalah).      

Rahmah pula adalah Ihsan sesama ahli keluarga pada tidak menyakiti antara satu sama lain pada penyelesaian konflik tertinggi.


ANTIBODI yang perlu dibekalkan secukupnya untuk anak-anak mendepani cabaran semasa adalah pada ibu bapa menunaikan 4 nafkah iaitu :



1- nafkah Fizikal -mencakupi makan ,minum ,tempat tinggal ,pakaian

2- nafkah pemikiran Intelektual -bukan sekadar menghantar anak -anak belajar namun juga merangsang anak-anak berfikir secara kritis dan kreatif 

3-nafkah Emosional -mengasihi mereka dengan penuh kasih sayang 

4-nafkah Spiritual.-mengisi keperluan spiritual kepada rohani anak anak untuk membentuk pemimpin yang mempunyai integriti yang mantap 

Rasulullah SAW menganjurkan : 

'' Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya dan aku adalah yang paling berbuat baik kepada keluargaku .''
( Riwayat at-Thabrani )


Didikan agama pula  mesti bukan hanya berbentuk pelajaran, tetapi didikan agama yang membantu anak belajar membuat pilihan yang betul dalam kehidupan.

Antara KESILAPAN ibu bapa semasa mendidik anak-anak, ialah menganggap proses mendidik anak-anak boleh berlaku secara automatik apabila seseorang itu menjadi ibu dan bapa, tanpa memerlukan ILMU. Kesilapan doktor, mencederakan pesakit. Kesilapan jurutera, merosakkan mesin. Kesilapan ibu bapa, tiada u-turn, anak lahir fitrah, namun akhirnya jadi ahli Neraka.

4 mitos dalam isu penderaan kanak-kanak ialah:
(i) penderaan hanya berlaku dalam format keganasan
(ii) penderaan hanya dilakukan oleh orang jahat
(iii) penderaan hanya berlaku dalam keluarga yang jahat
(iv) penderaan hanya dilakukan oleh orang asing daripada sebuah keluarga


-untuk lebih memahami boleh baca di Keluarga Bahagia Menuju Syurga 


Barangsiapa yang dengan sengaja tidak mengerjakan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja ,berarti dia telah melakukan sesuatu kejahatan yang sangat besar .Kerusakan pada diri anak kebanyakan datang dari sisi orang tua yang meninggalkan mereka dan tidak mengajarkan  kewajiban -kewajiban dalam agama mengikut sunnah-sunnahnya .
- Ibnul Qayyim Al-Jauziyah -

No comments:

Post a Comment