Thursday, April 5, 2012

erti sebuah keberhasilan


5 April  2012


Bismillah ,dengan menyebut asma-Mu ...
Tanggal 5 April 2012 ,detik penuh bersejarah ~Bumi KTDI ,PPUKM menyaksikan seramai 240 kelahiran doktor perubatan .Alhamdulillah Ya Allah ,kejayaan yang Engkau kurniakan ini sgt bermakna bagi kami semua .'' Maka nikmat Tuhan yang mana telah engkau dustakan ''.terlalu indah untuk dilakarkan ,perasaanku  bercampur baur antara gembira dan hiba tatkala nama dilaungkan ,Alhamdulillah ,AKU LULUS !!DR NURULHAYATI MOHAMED SA’AT ^^.
Takdir Ilahi menyaksikan sunnatullah yang tertulis ,buat sahabat yang gagal ,terimalah ujian-Nya dengan redha pasti setiap ketentuan-Nya terselit hikmah yang harus digali  ..Teruskan berjuang duhai teman dan jangan pernah putus asa ...

Semoga Allah kuatkan jiwa kalian duhai sahabat …Mungkin aku tidak sekuat kalian semua ,namun ,aku titipkan doa moga Allah sentiasa membantu kalian dan memberi  kekuatan untuk menghadapi hari-hari muka ..sesungguhnya Allah tidak memberikan ujian sesuai dgn kemampuan mereka .

ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah yang memberikan sebaik-baik keputusan-Nya  ,nikmat ini sungguh manis untuk dikecap bersama shbt2 yang turut sama berjuang dimedan ini.Wajah-wajah mereka pada hari ini disinari lentera kegembiraan ,namun pada sisi lain ,kolam mata bergenang dengan air mata kebahagiaan bercampur hiba  …segala penat dan lelah selama 6 tahun kini terbayar dgn kelulusan yang sangat dicita-citakan ..


Bulatan gumbira kami (^_^)..terima ksh Ya Rahman di atas ukhuwwah yg cukup indah ini ~

Jika semalam Broga hill telah ku tawan ,hari ini kami berjaya menggapai puncak kejayaan setelah hampir 6 tahun berhempas pulas di medan pengajian ini .

scene di atas Broga Hill yang cukup nyaman
Realitinya dan yang pasti perjuangan kita masih belum tamat ,cabaran di hari depan menunggu untuk ditempuhi  dengan penuh hati-hati .Lantaran itu ,usah gusar memikirkan cabaran yang bakal tiba,namun hadapilah ia berbekalkan azam dan kecekalan yang menggunung tinggi  ..InshaAllah ,Allah sentiasa ada bersamamu ~
  Antara ,kata2 penguat semangat yang kupelajari dari seorang sahabat hari ini adalah ;
 " DON’T BE AFRAID OF WALKING TOO SLOW BUT BE AFRAID OF STANDING STILL  "
Maksudnya -Jangan takut jika anda bergerak lambat namun takutlah andai anda langsung tidak bergerak .Tidak mengapa jika  sekiranya kita seorang yang lambat untuk memahami sesuatu pelajaran yang dipelajari ,namun ,jangan biarkan ketidaktahuan itu berterusan dan tiada penyelesaian ..Orang yang berjaya adalah insan yang bangkit setelah berkali -kali gagal ...

Realiti masa depan belum dapat kugambarkan ,hanya mampu berdoa mg Allah beri ketenangan hati jua kekuatan untuk memikul amanah sebagai seorang doktor  yang bukan hanya dapat merawat pesakit secara holistik bahkan mampu merawat penyakit hati masyarakat ..DAIE for ummah !!InshaAllah …