"Dan tetaplah memberi PERINGATAN ,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang -orang mukmin." (QS At-Tur (52): 55 )
Monday, May 30, 2011
IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE 1453 ~Part 1
Sabtu lepas-28 Mei 2011, baru shj menghadiri seminar di atas bertempat di UIA,Alhamdulillah terlalu banyak input yang sangat menarik ,membuka mata hati serta menginspirasi relung jiwa.Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 yg tidak berkesempatan untuk pergi ,Semoga bermanfaat ~
"Dan binalah persiapan bagi menghadapi mereka dgn apa sahaja kekuatan yang kamu mampu "(al-Anfal : 60).
Ayat di atas direkodkan oleh Maulana Sheikh al-Kurani dari Sultan Muhammad bin Murad al-Fatih ketika menulis suratnya kepada raja Mesir,al-Asyraf Inal menyatakan dengan jelas faktor kejayaannya membuka Kota Konstantinople .
Kedudukan Konstantinople yang strategik dan kemasyhuran yang dimilikinya ,percubaan menaklukinya telah bermula sejak pemerintahan khalifah Muawiyah lagi yang pernah menghantar bala tentera bagi menakluki kota tersebut pada tahun 669 Masihi .
Usaha ini gagal kerana kekebalan kota Konstantinople ,tetapi menjadi suatu peristiwa bersejarah apabila sahabat nabi ,Abu Ayyub al-Ansari meninggal dunia dalam ekpedisi ini .
Usaha bagi menakluk kota ini dipertingkatkan lagi oleh sultan-sultan Daulah Uthmaniyyah yg mengaitkan usaha ini dgn keyakinan pada sebuah hadits yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit Khandaq iaitu;
‘‘..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera …’’
Abu Ayyub juga berwasiat ;
‘‘Semadikan jasadku di bawah benteng Konstantinopel ini .Satu hari nanti aku dapat mendengar bunyi derapan kaki kuda SEBAIK-BAIK RAJA yang mengetuai SEBAIK-BAIK TENTERA .Pada saat itu aku tahu tercapai sudah hadits Nabi Muhammad SAW’’ .
Kepentingan hadits serta wasiat diatas sentiasa membakar semangat Sultan Muhammad al-Fatih untuk berusaha sejak dari usia muda untuk menakluki ibu Kota Bryzantine
Beliau sangat yakin bahawa dirinya adalah pemimpin terBAIK untuk memikul tugas murni yang gagal di sempurnakan oleh pemimpin sebelumnya .
Strategi Sultan Muhammad bagi menakluki Constantinople ;
Menyempurnakan binaan Rumeli Hissari pada tahun 1452 M –tembok laut yang dibina bagi mengepung musuh .Binaan ini bertentangan dgn benteng Anadolu Hissari ditebing sebelah Asia .
Kedua-dua benteng ini berperanan mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi selat Bosphorus dan menghalangi pergerakan tentera laut Bryzantine itu sendiri .
KERANGKA MASA PEPERANGAN
• Isnin 2 April 1452 - Sultan Muhammad II telah mengistiharkan perang ke atas kota tersebut setelah yakin bahawa Constantinople telah dipencilkan .
• 6 April 1453- Serangan dimulakan ba’da solat Jumaat dengan tembakan dilepaskan oleh meriam gergasi yang dicipta oleh jurutera Hungary bernama Urban .
**meriam ini mampu menembak peluru seberat 800-1200 paun = 362-544.3 kg (Subhanallah ) –yang akhirnya berjaya merobek kubu yang selama ini amat kebal daripada sebarang serangan
140 buah kapal perang ,320 buah perahu dengan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk 12,000 tentera janisari yang terlatih .
• Selepas 2 minggu diserang –kota tersebut masih bertahan disebabkan keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat .
• Malam 21-22 April 1453 ,Sultan Muhammad al-Fatih telah mengarahkan supaya semua kapal perangnya diseret melalui Bukit Galata menuju Tanduk Emas bagi membolehkan serangan laut yang lebih berkesan dapat dilancarkan .
*strategi mengejutkan ~Kayu bulat yang telah dilicinkan menggunakan lemak lembu telah digunakan bagi mewujudkan sebuah landasan yang dapat memudahkan kapal ini diseret melalui bukit .
Strategi ini yang telah berjaya memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan dgn lebih berkesan .
• Malam 26 Mei 1453 –Sultan Muhammad II telah mengadakan perundingan dgn pakar-pakar strateginya bagi membolehkan serangan muktamad dilaksanakan .
• Ahad 27 Mei 1453-Melakukan lawatan ke atas ketumbukan tenteranya bagi memeberikan semangat dan menawarkan hadiah apabila kota Konstantinople Berjaya ditakluki .
• 28 Mei –mengarahkan tenteranya supaya berehat,membersihkan rohani dan berpuasa sebelum serangan muktamad dilancarkan pada keesokan harinya .
• Awal pagi Rabu,29 Mei 1453-Tentera Uthmaniyyah telah bertindak membakar khemah dan melaungkan kata-kata semangat bahawa mereka akan bermalam di dalam kota Konstantinople pada waktu malam nanti .
SERANGAN TERANCANG
• Serangan awal –melibatkan pasukan rakyat yang kurang mahir
• Diikuti dgn serangan oleh tentera yang lebih terlatih
• Akhirnya menjelang terbit matahari serangan dilancarkan oleh pasukan pemanah dan tentera janisari yang lebih terlatih . (tentera Janissari merupakan unit tentera elit yang terdiri drpd pengawal peribadi sultan-sultan )
InshaAllah ,akan bersambung dalam part 2...& 3 ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahh menarik jugak. ramai ek orang gi? hehe rajin2 tulis ye
ReplyDelete