Thursday, August 25, 2011

sejadah penghambaan dalam sisa Ramadhan terakhir



mengejar Ramadhan yg masih tersisa,
tanpa sadar semakin jauh meninggalkan kita
kian hampir melabuhkan tirainya ,
terleka digamit pesona Syawal yang bakal tiba
sehingga kemanisan jamaah ,tilawah dan tahajjud sirna

Tersimpuh aku di atas hamparan sajadah penghambaan
ditemani rintihan dan tangis tak tertahan
Layakkah diri yang hina ini meraih keampunan
atas tumpukan dosa-dosa silam semalam


Ya Ilahi,
Moga bulan mulia ini tidak menyaksikan aku sebagai hamba kepada Ramadhan
Namun,menyaksikan penghambaan dan penyerahan jiwa yang penuh kedhaifan
mengemis limpahan kemaafan-Mu yang tiada tepian

Lailatul qadr –Mu akan terus kuburu
Sekalipun harus bertatih menginjak pintu taubat
Berlari menggapai ijazah takwa dalam akademi Ramadhan
agar berjaya dalam transformasi ke arah menyemai benih-benih ar-Ruhul jadid


Hamba Allah yang penuh dosa dan hina

hayatan thoiyyiban
25 Ramadhan 1432 H

semoga bukan Ramadhan yang kita sembah ,sebaliknya Tuhan yang Maha ar- Rahman yang menjadi tujuan kita
moga kita tetap istiqamah dengan amalan kita walaupun telah keluar dari akademi ramadhan ini

Jika kita boleh bangun qiamulail setiap malam dan soloat witir setiap hari pada bulan Ramadhan
kenapa pada bulan -bulan seterusnya kita liat dan malas untuk tetap istiqamah

Jika kita mampu bermujahadah memelihara lidah ,telinga ,hati dan anggota tubuh yang lain dari sebarang perbuatan mungkar ,apa salahnya ia menjadi titik tolak bagi kita untuk meneruskan pada bulan -bulan yang lain

P/S: Pesanan buat diri yang masih compang-camping amalannya


Wednesday, August 17, 2011

LEARN from your patient

17 Ramadhan 1432H

self reflection post home visit yesterday ,16 August 2011

LEARN FROM YOUR PATIENT

treat the patient as well not only the disease
Ensure continuity of care

this is a summary of the patient's case :
a 48 year-old-gentleman with diabetes mellitus for 8 years and bilateral advanced diabetic eye disease (left eye blindness secondary to chronic retinal detachment )

I learned a lot from this patient
something which is most valuable lesson for me
I learned that health is WEALTH ,don't delay to seek medical treatment if symptoms present
Nothing is more important as compared to Health
being blind does not stop you from doing good deeds
in fact ,he teaches English to the orphanage as part of his volunteer work
eventhough ,he had to use taxi to reach there ,
being blind does not mean Life was at the end
because sharing is caring
even u do not have anything,u lost everything ,you can still share ur knowledge
make other people life more meaningful~




I received a message from my patient after the home visit :

salam.Thanks for ur visit
you are very pleasant and have good bedside manners
u will make a great doctor and patient will like you a lot
keep up the good work make sure you diagnose accurately & prescribe the right medications.
Be sensitive & caring
always update ur self medically & upgrade professionally .Good Luck !
salam-


I remembered those words which i quote from my beloved Prof Har :

"..People may not remember what u did for them or even what u said ,But they will always remember how you made them feel .."

Saturday, August 13, 2011

Menggapai tarikat cinta-Nya

7 SURGA ~ BY EdCOUSTIC




Kumandang cinta bergema hingga kehati

Lafaz lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh

Rapuhnya aku Kau maha tahu

Pagi siang malam dunia yang kutuju

Saat kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya

Reff:

Tuhan kuangkat kedua tanganku

Sudikah Engkau menerima cintaku

Berdarah-darah akan kutempuh

Menggapai tarikat cintaMu



Tujuh surga pun aku tak pantas

Menerima diri yang bersimbah dosa

Kuharap cinta dan ampunanMu

Setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

* * * * * * *

Lirik lagu yang menyentuh jiwa
Terlalu menikmati musik indah band dari Kota Bandung ini
Dibumi Allah ini pancaran nur kasih-Nya merembeskan embun-embun kesyukuran ke kolam kehidupanku

Sungguh diri ini seorang pendosa
Rapuhnya hati Kau Maha Tahu
Segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Mengejar dunia ibarat terlunta-lunta mereguk air laut
Andai di reguk hanya menambah haus
Namun ,tika kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya


Kerana …
realiti kehidupan adalah seperti kegelapan dalam kabut
Atau tenggelam dalam pasir yang membadai
Sampai satu titik ia meronta minta dilepaskan
Dari belenggu yang merenggut mahkota ketenangan abadi
Saat itu ,hati ini perlu kembali pada –Nya
Kerana istirahat itu hanya ada di surga.


curahan hati seorng 'abid ~

Friday, August 12, 2011

Oase Ramadhan~INSPIRASI BUAT JIWA ^^

Alhamdulillah ,sekarang sudah menginjak ke fasa kedua Ramadhan ,fasa Maghfirah .
Disini ,ingin saya kongsikan sebagai inspirasi buat jiwa ,moga menjadi oase yang dapat menyuburkan ketandusan semangat Ramadhan dalam diri yang seringkali dibelit nafsu ammarah ~Wallahu’alam..


Antara peristiwa penting Islam yang berlaku dalam bulan yang mulia ini :

PERANG BADAR AL-KUBRA

Pada bulan Ramadhan tahun ke 2 Hijrah menyaksikan coretan emas dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar al Kubra.Perang ini menjadi penentu nasib Islam dan dakwahnya kerana setiap penaklukan ,pembebasan dan kemenangan yang terjadi adalah bergantung pada medan pertempuran Badar .
Lantaran itu ,al-quran menyebutnya sebagai yaumal furqan-(hari pembeda)


Firman Allah SW dalam al-quran :Jika kamu beriman kpd Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kpd hamba kami (Muhammad ) pada hari Furqan ,iaitu di hari bertemunya 2 pasukan.”( QS Al-Anfal( 8):41 )

17 Ramadhan tahun ke 2H turut menyaksikan kemenangan kpd tentera Islam –sekalipun terjadi perbezaan jumlah dan kelengkapan. Dapat disimpulkan bahawa keabadian kemenangan tersebut bergantung pada KEKUATAN HATI ,iaitu pada hati yang bersih yang justeru meletakkan seluruh pengharapan hanya pada Allah semata .
Di Saat yang kritis dan penuh sulit , Rasulullah saw berdoa dalam tadharru’(merendahkan diri),munasyadah(memuji Allah ),dan syafaat(pertolongan ) memohonkan pertolongan-Nya utk org2 yg beriman .

Ya Allah laksanakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah ,datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan padaku.
Ya Allah jika pemeluk Islam ini binasa ,niscaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka Bumi ini .

Allah lantas menjawab doa Rasulullah saw dan terjadilah kemenangan yang mengejutkan yang telah membatalkan semua usaha kaum musyrik .

FATHUL MAKKAH (Ramadhan tahun ke 8 H)



Penaklukan Kota Makkah membawa pengaruh yang besar kepada penyebaran agama Islam .Noda kejahilan yang menyelubungi Masjidil Haram telah disucikan dengan kehancuran berhala-berhala di sekitar Ka’bah .

Allah telah melapangkan dada orang-orang Arab untuk memeluk Islam dan mereka pun masuk Islam dengan berbondong-bondong .


(QS An-Nashr:1-3 )

PENYEBARAN ISLAM KE YAMAN


Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutus ‘Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas pembebasan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah.
Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS ( SEPANYOL )

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.

Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh Musa bin Nusair ,wakil khalifah di Afrika menawan Andalus.

Tariq memimpin 12.000 armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah melawan 100.000 tentera Roderick. Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berpidato di depan pasukannya:


“Wahai saudara-saudaraku, di belakang kalian laut dan di hadapan kita musuh . Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"

Lalu pecahlah pertempuran antara pasukan Muslimin yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.
Andalus akhirnya berjaya ditawan dan rakyatnya yang dizalimi turut diselamatkan .


PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL


Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya.

Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad.
Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Dari cantuman coretan sejarah diatas dapat di simpulkan bahawa bulan Ramadhan adalah lambang kejayaan umat Islam ,namun,sangat dikesalkan realiti yang berlaku adalah yang sebaliknya . .
Mari sama2 fikir-fikirkan ,

Ramadhan ,bertemu dengannya merupakan peluang yang amat didamba
Namun ,apakah harapan dan layanan kepada tetamu ini tetap sama
rutinitas tahunan yang hampir tidak bermakna
berjayakah kita menggunakannya sebagai wadah transformasi minda dan jiwa ?

PERSOALANNYA ,tepuk dada tanyalah IMAN kita?

Monday, August 1, 2011

Ramadhan yang sama , Natijah yang berbeza~

Salam Ramadhan al-Kareem buat semua pembaca yang dirahmati

Alhamdulillah ,diberi peluang sekali lagi untuk bernafas di madrasah Ramadhan yang mulia tahun ini ,syukur ,Allah masih memberiku kesempatan untuk memohon mahgfirah –Nya dan melalui proses tazkiyatun an-nafs dalam mendidik diri menjadi mukmin yang BERTAKWA .





“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAKWA .” ( QS Al-Baqarah(2) :183 )

Pengertian takwa


Thalq bin Habib rahimahullah berkata,
“Takwa adalah kamu melakukan ketaatan kepada Allah di atas cahaya dari Allah karena mengharapkan pahala dari Allah, serta kamu meninggalkan kemaksiatan kepada Allah di atas cahaya dari Allah karena takut hukuman Allah.” (Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 211 cet Dar al-Hadits 1418 H)

Umar Ibn al-Khatab bertanya kepada Ubai bin Kaab ,sebutkan ciri-ciri takwa kepadaku? Jawab Ubai: Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri? Umar menjawab: Ya. Katanya bagaimana tuan lakukan? Umar menjawab: Saya amat berhati-hari bagi menghindarinya daripada terkena duri. Kata Kaab: begitulah ketakwaan.

Ramadhan yang dilalui saban tahun bagi kita sebagai hamba mungkin sama namun NATIJAH yang ingin di raih harus berbeza dan yang utama adalah untuk mencapai keTAKWAan .

‘‘Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan,akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang berTAKWA.’’ (QS Al-baqarah :177)



Ada sesuatu yang ingin kucapai
Ada matlamat yang harus kutuju
Untuk mendapatkan segulung ijazah dari-Nya di madrasah Ramadhan
Ramadhan tahun ini ,kusematkan azam di relung hati yang terdalam ,
setiap detik ,ketika ,dan saat yang berjalan
akan kumanfaatkan ia dengan mengairi ladang-ladang amal ..

kesibukan belajar dalam final year ni bukan alasan terbaik ,bukan jua halangan untuk menjalani ibadah puasa ini dengan penuh semangat dan kesabaran,kalau dulu aku boleh bertahan penat posting peads di HKL ,so ,sekarang posting Family Med bukan suatu kekangan ,sebaliknya,akan kujadikan ia sebagai cabaran buat diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik disisi-Nya.

AKADEMI RAMADHAN MEDAN TRANSFORMASI DIRI

Aku sering berharap keluarga yang dibentuk adalah keluarga yang terdidik dalam bi’ah soleh+solehah ,zuriat yang bakal terlahir adalah zuriat yang bakal membangunkan semula kegemilangan khilafah Islam .Sejujurnya ,berdakwah dalam skop keluarga ini memang mendidik kesabaran,seringkali aku jadi putus asa andai apa yang diharapkan tidak berhasil,menggilap butir –butir kaca menjadi permata yang bernilai biarpun cahayanya mungkin tidak bergemerlapan ,namun cukup jika ada secebis cahaya yang terbit . wahai Tuhan yang Maha Mendengar ,Makbulkan doa hamba-Mu ini Ya Allah ,Ya Rahman Ya Rahiim.
Perubahan yang perlu dilakukan dari dalam diri sendiri ,agar di penghujungnya jadi contoh terbaik.Mungkin perlu lebih bersabar ,dan jangan mengharapkan perubahan yang drastik tetapi berperingkat –peringkat .


Let’s begin with the end in mind ~


Hayya sahabat ,hayya rafiq , fastabiqul khoirat …Ayuh berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi ibadat puasa kita untuk mencapai darjat ketakwaan justeru meraih kebahagiaan di dunia dan negeri akhirat.


LIST TO be practiced:

1.khatam Quran
2.hafaz surah; ar-Rahman,al-Mulk,al-Waqiah ,al-Jumuah,al-Muzammil, juz 30 .
3.istiqamah Matsurat sughro
4.Puasa yang berKUALITI ; menjaga mulut,menjaga mata ,telinga dan hati dari sebarang maksiat dan dosa.
5.usahakan utk berjemaah 5 waktu /day ,solat rawatib,tarawih ,witir ,bangun solat tahajjud

6.cergas dan cerdas sepanjang Ramadhan
7.Menjaga hablumminallah hablumminannas

p/s: Peringatan buat diri yang sering alpa dan leka .astaghfirullah ..3x

2 Ramadhan 1432 H,KTDI .