Disini ,ingin saya kongsikan sebagai inspirasi buat jiwa ,moga menjadi oase yang dapat menyuburkan ketandusan semangat Ramadhan dalam diri yang seringkali dibelit nafsu ammarah ~Wallahu’alam..
Antara peristiwa penting Islam yang berlaku dalam bulan yang mulia ini :
PERANG BADAR AL-KUBRA
Pada bulan Ramadhan tahun ke 2 Hijrah menyaksikan coretan emas dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar al Kubra.Perang ini menjadi penentu nasib Islam dan dakwahnya kerana setiap penaklukan ,pembebasan dan kemenangan yang terjadi adalah bergantung pada medan pertempuran Badar .
Lantaran itu ,al-quran menyebutnya sebagai yaumal furqan-(hari pembeda)
“Firman Allah SW dalam al-quran :Jika kamu beriman kpd Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kpd hamba kami (Muhammad ) pada hari Furqan ,iaitu di hari bertemunya 2 pasukan.”( QS Al-Anfal( 8):41 )
17 Ramadhan tahun ke 2H turut menyaksikan kemenangan kpd tentera Islam –sekalipun terjadi perbezaan jumlah dan kelengkapan. Dapat disimpulkan bahawa keabadian kemenangan tersebut bergantung pada KEKUATAN HATI ,iaitu pada hati yang bersih yang justeru meletakkan seluruh pengharapan hanya pada Allah semata .
Di Saat yang kritis dan penuh sulit , Rasulullah saw berdoa dalam tadharru’(merendahkan diri),munasyadah(memuji Allah ),dan syafaat(pertolongan ) memohonkan pertolongan-Nya utk org2 yg beriman .
“Ya Allah laksanakanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah ,datangkanlah apa yang telah Engkau janjikan padaku.
Ya Allah jika pemeluk Islam ini binasa ,niscaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka Bumi ini .
Allah lantas menjawab doa Rasulullah saw dan terjadilah kemenangan yang mengejutkan yang telah membatalkan semua usaha kaum musyrik .
FATHUL MAKKAH (Ramadhan tahun ke 8 H)
Penaklukan Kota Makkah membawa pengaruh yang besar kepada penyebaran agama Islam .Noda kejahilan yang menyelubungi Masjidil Haram telah disucikan dengan kehancuran berhala-berhala di sekitar Ka’bah .
Allah telah melapangkan dada orang-orang Arab untuk memeluk Islam dan mereka pun masuk Islam dengan berbondong-bondong .
(QS An-Nashr:1-3 )
PENYEBARAN ISLAM KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutus ‘Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas pembebasan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah.
Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS ( SEPANYOL )
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.
Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh Musa bin Nusair ,wakil khalifah di Afrika menawan Andalus.
Tariq memimpin 12.000 armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah melawan 100.000 tentera Roderick. Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berpidato di depan pasukannya:
“Wahai saudara-saudaraku, di belakang kalian laut dan di hadapan kita musuh . Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"
Lalu pecahlah pertempuran antara pasukan Muslimin yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.
Andalus akhirnya berjaya ditawan dan rakyatnya yang dizalimi turut diselamatkan .
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya.
Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad.
Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
Dari cantuman coretan sejarah diatas dapat di simpulkan bahawa bulan Ramadhan adalah lambang kejayaan umat Islam ,namun,sangat dikesalkan realiti yang berlaku adalah yang sebaliknya . .
Mari sama2 fikir-fikirkan ,
Ramadhan ,bertemu dengannya merupakan peluang yang amat didamba
Namun ,apakah harapan dan layanan kepada tetamu ini tetap sama
rutinitas tahunan yang hampir tidak bermakna
berjayakah kita menggunakannya sebagai wadah transformasi minda dan jiwa ?
PERSOALANNYA ,tepuk dada tanyalah IMAN kita?
No comments:
Post a Comment